Sunday, October 17, 2010

chicken soup for mind, i love it

Amanat Usrah Terakhir
(as student)

1. Amalan utama yg disukai Allah. Yang pertama, Sempurna solatnya. Sempurna solat seorang manusia itu, sempurnalah dirinya tentang perkara lain. Seorang manusia yang sempurna solatnya, mukanya bercahaya. sejuk mata melihat. orang lain pun suka tengok. Yang kedua, Berbakti kepada ibu bapa. Yang ketiga, Jihad. (perkara kedua dan ketiga tak sempat dihurai oleh cikgu. hehe)

2. Ujian Allah bukti Allah sayangkan kita. Ujian ialah cara Allah mendidik hambanya. Suatu ketika dahulu, sahabat nabi menangis bersungguh-sungguh apabila tidak diuji oleh Allah dlm masa seminggu. Rasa tidak di sayangi lagi oleh-Nya. sedangkan kita manusia sekarang, seronok apabila tidak diuji. apabila diuji, mulalah menggelabah. hmmm.

3. IKHLAS itu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di dalam sebuah gua pada malam hari yang gelap. Ikhlas merupakan rahsia Allah dan hambanya. Rahsia yang paling besarrr. maksudnya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu, no one should know. only Him.

4. Jangan putus berdoa walaupun apa yg kita minta tidak dikabulkan oleh Allah. hampir setiap hari berdoa, berusaha sehabis baik. bangun malam merintih, mencurahkan masalah dan  meluahkan segala rasa kepada-Nya. namun, doa kita masih tidak dikabulkan. Sebenarnya bukan sengaja Allah tidak beri apa yang kita minta. tetapi Allah sedang merindui rintihan kita. Allah menyayangi kita lebih dari insan lain. Hanya dengan berdoa, seorang hamba itu dekat dengan tuhannya. Insya-Allah.

5. Letakkan Allah sebagai yang utama dalam niat melakukan apa sahaja. Belajar kerana Allah. Solat kerana Allah. Berbuat baik kerana Allah. bukan kerana manusia. bukan untuk dipandang tinggi oleh manusia, tetapi untuk dipandang tinggi oleh ALLAH YANG ESA. Sebagai contoh, apabila kita belajar kerana seseorang (ibu bapa, kekasih, perempuan itu/lelaki itu, orang sekeliling atau sesiapa sahaja) , apabila insan itu pergi meninggalkan kita, kita akan berhenti untuk belajar dan meratapi nasib sendiri. sebaliknya, jika kita belajar kerana Allah, biar apa pun halangan, kita akan tetap terus belajar kerana Allah sentiasa ada dan tak pernah kecewakan kita. ibarat seorang kekasih yang takkan kecewakan kekasih-Nya.

6. Manusia perlukan nasihat. Dalam masa 40 hari, manusia perlu mendengar nasihat. jika tidak, akan muncul satu bintik hitam dalam hatinya. bayangkan sekiranya bertahun-tahun tidak mendengar nasihat? Hati menjadi hitam gelap dan kelam tanpa sebarang cahaya. Mulai hari ini, rajinkanlah diri menghadiri mailismajlis ilmu. atau bacalah bukubuku berbentuk nasihat, supaya hati kita tidak dipenuhi bintikbintik hitam itu.

7. Form 5 tak lama lagi dah takde cikgu. kat luar tu banyak sangat godaan. sedangkan sekarang pun banyak dah tergoda. you have no one to guide you soon. semua depends on jiwa masing-masing. ada orang kat sekolah baik, bila masuk U, berubah 360degree. sebab tu, jiwa kena kuat. iman kena ada. Hanya iman dan takwa yang mampu membimbing seseorang tu. Berpandukanlah jalan Allah, kerana hanya DIA yang kekal.

but now i have my destination

P/S : setiap hari, harapan yang same. nak berubah ke arah yang lebih baik. terima kasih cikgu for your words. yours always affect mine. since peristiwa dulu lagi. now, i understand everything. thanks again. sometimes, i always wonder will i have a heart like yours. a nice and beautiful heart. Insya-Allah(;

Your life is a gift from the Creator. Your gift back to the Creator is what you do with your life - Billy Mills
THE END

No comments:

Rumours i made

Assalamualaikum I spread rumors that I wanna get married after I completed my current study. What they dont know is, that just to tur...