Tuesday, March 8, 2011

Manusia, sifatnya sama.

tapi Hati lain-lain.

Betul lah tu. Even kembar pun, perangai lain-lain kan. tu baru perangai. Perasaan apatah lagi. Hm susah sebenarnya nak fahami manusia ni. 1000 orang belum tentu jumlahnya 1000 ragam. at least, each one of them ada 1000 ragam yang takde pada orang lain. Is that not complicated enough for us?

Sangat-sangat complicated.

Ada orang suka Johnny Depp, ada orang suka Jackie Chan, ada orang suka Amitabh Bachan. Macam aku, aku pilih Saiful Apek je Wakaka Tengok, kan berbeza tu. Kalau cerita pasal perbezaan, memang banyak sangat.

Sebenarnya aku taktau nak tulis apa. cuma..

Kadang-kadang tu aku rase mcm bukan salah aku, tapi ak rase bersalah. Apatah lagi kalau memang salah aku. Mengecewakan & menghampakan seseorang bukanlah hal remeh. Walaupun sebenarnya, acapkali aku berpendapat "lantakkan aje orang hati tisu tu". Tapi tah bagi aku, setiap tisu tu ada perasaan. Okay aku samakan hati manusia dengan tisu. Amat tidak adil.

Aku tak suka hati tisu dan aku taknak jadi macam tu. Fahaman itu buat aku endahkan orang lain. Itu aku. Sedangkan orang lain tidak. Tapi aku anggap semua orang macam aku walhal aku silap. Kemudian aku makin sedar, setiap perasaan tu wajar difahami, setiap hati itu wajib dihargai. Kan?

Aku taktau nk tulis macamane cuma aku terasa yang berapa banyak hati aku dah kecewakan. Atau lebih tepat, aku hampakan. Hmm Seriously aku tak terniat cuma tah, perasaan ni tiba-tiba. Okay aku tipu. Sesuatu telah berlaku.

Aku pernah berbuat janji, tapi aku remehkan. Aku pernah mencari, bila dah jumpa, aku abaikan. Aku pernah ber-iye, tiba mase, aku endahkan. Aku pernah berusaha, kemudian aku tinggalkan. Aku pernah mengkritik, tapi aku tak jujur sepenuhnya. Aku pernah ego, aku lupa siapa aku sebenarnya. Aku pernah itu, tapi ini yang aku buat. Aku manusia kan.

Aku tak terhadkan rasa ni pada cinta semata-mata, tapi mostly kepada semua orang disekeliling aku. Mama, Mak, Abah, Abang2 aku, Adik, kawan, Cikgu-cikgu & semua. Yelah. kita tak tahu hati orang kan. Ada je pihak yang ter-kecil hati dengan apa kita buat atau apa kita cakap. Aku takde niat.

Jadi, aku ingin memohon ampun sekiranya ada kata-kata atau perbuatan-perbuatan yang mengecewakan / menghampakan / mengecilkan hati anda. Tak kira lah secara sengaja atau tidak aku lakukan. I'm just wanna say sorry.

Jauh dalam sudut hati, aku tak sukakan peperangan perasaan seperti yang aku rasakan sekarang. Mungkin kau tak rase, tapi aku rase.

P/s : Ohh man. since when Nadd serapuh ini Hahaha
THE END

No comments:

Where all things begin

. . . I still remember the moment when i wanted to decide whether to further my study or to work. I had both opportunity came at th...