Friday, April 29, 2011

Untuk awak, My 100th :]

Assalamualaikum.

Aku rase aku nak buat kerja gila lah. Haha actually, tak lah gila mane. Cuma ingin memeriahkan dunia 'Narddstoryy' ni je. Alhamdulillah, 2 tahun and ** months aku blogging (which means since 2008) follower aku kini ada 99 orang. Well untuk blog tak seberapa yang seriously boring, asik dok cite pasal 'Nadd' yang tak famous langsung ni, kira awesome lah kann. Hehee

Awesome lah sangat kan naddd. Orang lain blogging 2 tahun dah ade 100++ followers dah.

Korang rase tak awesome? Takpe. blog aku kannnn? Hahaha

Bila ade 99, maksudnya my becoming follower will be the 100th. Woww. So, di kesempatan ini aku cuma nak cakap. I have something for you, my becoming-100th-follower :) Something yang taklah mahal. Bukan Iphone/Blackberry yang pasti.


Anda akan dapat :
PREPAID RM10 tak kire lah Celcom or Hotlink or anything secara masuk terus.
Kalau anda ternyata pakai postpaid, emmm aku masukkan RM10 dalam acc anda kot. Acc Bank Islam shj. Takde, kire burn. Jatuh kepada follower ke 101th Heheee

Elehhh, 10 hinggit je naddddd? Kedekut!

Hello. aku tak kerja. Still study. Blog pun takdelah famous mane. Nuffnang pun tk pena bg aku RM10 tau. Ingat senang ke nk dpt RM10 free-free? No mannnnn

HAHAHA Tak kesah lah siapa pun anda. You will get this from me. I'm serious here.

All you have to do after jadi my 100th follower is just, leave me your phone number as comment in this entry. I promise you, i won't publish the comment. And straightly delete it okay.

Yang dah jadi followers, jangan kecil hati tau. Korang worth yg lebih baik drpd RM10 tuu. Perkara yang worth tu seperti, aku belanja makan ke kannnn. Tnggu aku bnyak duit lahh. Kalau aku tak kaya-kaya, ak belanja kat majlis wedding aku 7 tahun lagi la. Amacam? Yang penting ikhlas kan? Hehehe

P/s : Well, Saya teruja menanti kehadiran anda wahai follower ke 100 :P
THE END

Tuesday, April 26, 2011

Terfaktab's Effect

Tau Terfaktab tu ape? Terfaktab tu satu Laman Web Rasmi Cinta Buatan Malaysia. Silakan jengah :)

Dah namenye pun Website Cinta kan, ofc content semua Cinta je.Tapi Cinta mereka bukan sekadar cinta 'tutt' je, ade jugak cinta kpd family, adk beradik. Cinta kan luas. Cehhh. kalau tak minat, takyah teruskan pembacaan anda okay. Sebab seriously anda akan meluat. Namenye pun tak minat kan. Hehe

Lately, aku rase Terfaktab awesome. And bile dah rase awesome, ofc aku selalu dduk kat situ habiskan mase yang tersisa (tah ape-ape). And ofc sikit sebanyak aku tereffect la jugak. Bukan effect ape, cuma ceritacinta yang dok besidai dalam kepala otak ni. Sebab tu ak taknk blogging. nanti dlm semua cerita aku, terselit cinta yang tak sudah. Lepas tu orang igt aku miang tetibe. padahal Terfaktab punya pasal. Ish

So, kalau nmpk aku ter-over, sila salahkan terfaktab pls. Jgn salahkan aku. Hahaha

Oh ye, undi Terfaktab untuk Digi WWWOW Awards Blogger Of the Year (Terfaktab) contest okay <-- sejak bile aku jd promoter-tak-rasmi Terfaktab ni? Hehee

Hari ni aku nak kongsi this thing. Aku dapat dr terfaktab lah.

Lame gile 16 minit -.-

Aku cuma nak cakap, aku setujuuuuuuuuu! HAHAHA *evil laugh* mksud aku, this thing seriously happen kepada manusia. why ek? lantak aih! :) tapi video ni agak sedih laa.

Terfaktab - [Video] Setiap Hubungan Ada Peringkatnya
Kalau malas nk tgk this video, boleh rujuk link atas ni untuk bace summary.

P/s : Click!
THE END

Justin Bieber

Hye. I'm a new fans of JB. bukan JB yang cute, tapi JB yang agak-Macho Hahahaha

Yang ni, orang kate JB yang cute. Aku tak suke dia yang ni.

Seriously aku weird habis kenapa tiba-tiba Justin Bieber boleh be that famous. Well, aku bukan ikut sangat mind-trend people pun. Tapi tiba-tiba aku terbaca kisah orang dok kutuk-kutuk this guy. And biaselah, nadd mane amek kesah as long this guy tak 'catch-my-eyes' yet kan. Hahaha

Apatah lagi, Justin yang aku tau dulu tak matang lagi. And i think he is younger than me kan? Yeah, i am right. this kid born on March 1, 1994. Hey Justin, im older than you Hahaha Yang pelik, his fans bukan terdiri daripada kanak-kanak atau remaja saje, orang tua, tk kire umur still like him, fans of him. How come? -.-

Well, actually age is just a number kan. His talent also awesome weh!


Nowww. Aku kena admit, i like him. Justin bieber already catch my eyes bile aku selalu nampak dia dlm Tumblr. Yeahhh. Justin with his new haircut. Lebih pendek, lebih kemas, lebih dekat di hati. HAHAHA

And i heard about him with Selena Gomez. Aku taktau sangat lah. tapi aku rase not bad. Tapi hati jahat aku cakap, he can get prettier girl out there, and he chose that girl. Teheeee! Nice. Dan secara tiba-tiba, aku berminat search tentang dorang, seriously Justin protective habis. Cool, and blablabla.

Eleh, semua orang macam tu kot bile dgn Gf sendiri kann Hahaha

But because it is Bieber, it matter :P

Yang ni, aku kate JB yang agak-Macho. HAHAHA

Kalau cerita bintang Hollywood --> whatever, whoever, whenever or whereever yang related with Justin, takkan boleh kalahkan Jensen Ackles yang seriously hensem and triple awesome-Macho Hahaha

P/s : To all JB's fans, Peace yo!

THE END

Another birthday

Assalamualaikum :)

Nak tau kenapa aku suka bulan April? sebab pada bulan ni, lahirnya dua insan yang paling bermakna dalam hidup aku. Eh, bukan dua. Tapi mungkin 3, 4, atau 5. Ah, tak kesah lah berapa. Yang penting mereka semua bermakna. Hihii

Tolong jangan bosan sebab aku asik update pasal birthday je. Well, blog aku kan? Hahaha

So, this time, her turn. Someone lovely. Hazira Zahid. One of my sweetest bestfriends i ever had (pls dont vomit-ayat guwa gile jiwang karat lately ni) Hehee cerita pasal jiwang, cik kak 18 tahun ni seriously jiwang punya orang. Tak percaya? Takpe. Takyah percaya okay.



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
May god bless you always. May all your dreams come true. Dipanjangkan umur, bahagia selalu. Berjaya dunia akhirat (:
THE END

Saturday, April 23, 2011

Just want you to know

that today is her Birthday.

The one who means a lot to me. A LOT. and means EVERYTHING TO ME

I wish i would have something for her today. Yet, i have nothing to give. Seriously tkde idea nak bagi mama ape. And i feel down fr that. Seriously. Just fr the first time, i have nothing. Even a birthday card :(

Actually, aku plan nak buat some dessert for her. With a 'happy birthday' greeting. Tadi petang i start buat. Planning nak buat dadih dalam cupcake punya tempat tu. with some jelly on it. Then, just gune whip cream fr the alphabet. tapi, dessert tu tak menjadi. Aku silap beli whip cream. cair habis whip cream tu. nak buat huruf kebenda. dah tak boleh nak tulis on that dessert. Haish. And then, i cancel the whole plan -.-'

Sedih? ofcourse-lah. Hmmm

Birthday Mak(nenek) hari tu, ber-iye aku. Birthday member2, aku ber-iye jugak. But when it comes to my Mom, why it happened like this? I'm stucked with this question alone.

Takpelah. redha je ye naddd. Keep smiling.

Last but not least..
This is seriously about you, You are so Beautiful to me, Ma (:


THE END

Wednesday, April 20, 2011

Teringin lah tiba-tiba ^^

Apa akan jadi pada dunia kalau tiba-tiba aku pakai eye lens?

Erk nadd. Nothing would happen okay. Dunia tak heran pun dengan life kau -.-

HAHAHAHA aku tau ah. Ish. tapi tu lah. tiba-tiba teringin. Aku ade dengar dosa pakai lens ni. Sebab seolah-olah merubah ciptaan Allah. Eh ye ke? Dulu pernah gak tny Ustad Amman mase sekolah, tapi lupa dah jwpan nye ape. Hehee Tapi kalau tak silap aku, pakai transparent punya okay je. Sebab tak ubah warna mata punnnn. Lagipun, yelah kadang leceh gak pakai Spec ni kannn.

Cehhhhh, lens dengan spec, aku rase lens lagi leceh -.-

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Macam syok je kannn

Orang kate, dari mata turun ke hati. Hmm tapi tu bukan niat aku eh. Aku cuma nk try.

Cuma kadang risau jugak lah. Pakai lens, kena jage. silap langkah, bole buta woooo. Cehh. serious seram kot nk pakai. lagi-lagi kalau transparent. Entah bile jatuh ke, termasuk dalam mata ke, mane nak perasan. Kalau jatuh lagi sadis, mane nak cari. Dah kena beli baru. Ingat murah ke beli? Wkaka

Cantiknye mate dia tkde bingkai cermin mataaa :'(

Eh, bukan cantik fizikal yang menjadi ukuran. Yang penting Hati cik kak oiii -.-

Mak selalu cakap, awak gemuk ke putih ke hitam ke tinggi ke rendah ke lawa ke tak lawa ke, syukur Alhamdulillah. Apa yg Allah bagi tu lah yang terbaik :) Tapi tak slh jugak kalau nak jadi lebih baik. Lebih baik eh bukan sempurna.

Aku dibesarkan dengan keperluan untuk mendidik diri supaya seimbang. Jangan jadi terlalu kuno, dan jangan jadi terlalu taksub akan sesuatu. Yang penting seimbang.

P/s : What if pakai coloured lens, tapi same colour dengan anak mate? Hmmm
THE END

Monday, April 18, 2011

Nothing much..

Assalammualaikum.

Yo 4 hari aku tak update. 3 malam aku tak online malam-malam. Ade 3 Entri tersave dalam Posting aku. tapi semua aku tak habis type. Tak ready nk publish. One of it, sekadar ada tajuk je takde isi Miahaha Masuk hari ni, ade satu lagi entri aku nak post dekat blog ni. Tapi semua tak kesampaian. Semua entri-entri tu tak siap walaupun hnya suku.

Kenapa ek? ENTAH

Toksah dok risau hal tu eh. Sekadar monolog aku untuk diri sendiri Hehee

Dari tadi, aku cari mood nak update. Tapi tak jumpa. Mood main lari-lari Haha Aku tau tk ramai/ade orang yang kesah update ke tak update Narddstoryy ni. Tapi bg aku personally, rase macam 'empty' bile aku tak update something here. Macam kosong, you know 'kosong'? Hahaha

Bajet blog hebat je en ble cakap gini -.-

Cerita blog hebat, aku asik duduk bersandar dekat blog orang dr tadi. Kalau boleh semua entri/blog aku nak like. Haha Tapi bile pk kan buruk wall FB aku nanti, penuh link je wall aku, aku simpan dalam hati je perasaan 'like' tu Hahaha Tapi enjoy gile ah. Aku madah nk klik 'older post' je. Bahaya gila ennn :P

Mane daknyee, gambar lawak gile. Kena dgn entri tapi ayat merapu meraban. And suddenly aku realize something.

"Lies can make someone keeps smiling.." TETTTTT HAHA

and sometimes, it may hurt so bad too :)

Meh dgr lagu Caprice sat


EHEM.

Seeeee. aku melalut berjela. Sebenarnya...

Aku cuma nak cakap Goodluck (: dekat mereka-mereka yang nak hadiri Interview esok. Esok eh? Err aku tak sure bile. tapi ak ade baca comment-comment dekat status FB semalam ke bila tah. Aku tk sempat nk comment. Hari ni, bila cari, dah tkde dah HAHA

Tak kesah la bile-bile. So, All the best ye kawan-kawan. Rakanmu di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Aiceh! Tapi aku serious ni :)

P/s : Meh ikut aku jalan-jalan. Lame gile tak hang out, bowling, layan moviee :'(

P/s (2) : Erk. tiba-tiba aku tkut nak naik atas. Semua orang da tdo. And suddenly aku dengar tapak kaki lari-lari kat ats tadi. Err adik aku belum tdo atauu bunyi benda lain. Ish benci ah! Ade sape-ape baik nak call aku and talk to me while aku nak tangga? Okay i know no one -.-' BYE

I know who am I to you.
THE END

Thursday, April 14, 2011

Wooo at last i did it!

Teheeeeee! Cepat teka aku berjaya buat ape? :P
Ya semalam petang aku tekad untuk buat second try. And Alhamdulillah.
Let's begin okay.

Ni salinan resepi (:



Bahan-bahan yang diperlukan :

- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 5 sudu besar gula kasar
- 3 biji telur
- 2 biji telur kuning sahaja 
- Esen Vanilla


Masak gula pasir dalam tempat kt ats tu, acuan kot. Haha then letak 2 sudu air sahaja. Kacau hingga perang tp jangan sampai hangus ye tuan-tuan, puan-puan (:



Campur 3 biji telur dan 2 biji telur kuning dalam satu mangkuk. Kacau slow-slow jgn sampai berbuih.


Sambil kacau, letak gula halus tu. Kacau, letak, kacau, letak. (5 sudu td tu je eh!)


Tafsir sendiri gmbar ni eh Hahahaa


Tuang dalam periuk yang berlainan. Masak susu dan letak esen vanilla 2-3 titik. Jangan sampai mendidih mungkin. Then tutup api and letak telur2 yang dah kacau tu dlm ni. Kacau lagi hingga sebati.


Bila da sebati, wrap dgn aluminium foil.


Then masukkan dalam tempat kukus. Dan kukus selama 30 minit.


Bila dah siap kukus....


Keluarkan and tnggu 5 minit baru bukak wrapper tu. then masuk dlm freezer ye. Tnggu lah bpe jam and keluarkan. Then, terbalikkan atas pnggan leper. Aku tk jumpa pinggan leper. tu yang guna tutup tapeware mcm kat bwh ni HAHAHA

TADAAAA !!
Hasilnyeeee Cream Caramel yang cantik Hihihi

Berminat nak tau rasenye? HAHAHAHA
Mula makan mcm sedap. Tapi lepas tu muak mcm ape. Rase telur yang teramat sangat. Erk. taktau la sbb tak well-cook or telur lebih or ape-ape jelah. Hahaha tapi i got the satisfaction. Rupa lawaa. Hihi rase, nanti boleh improve lagi. Untuk second try, dah bagus sgt dah ni pd aku heheh (: Btw, my brother yang gila makan telur suka gila ape aku buat ni -.-

Mama suro try Bread Pudding pulak. Hmmm macam best je Hihi

P/s : Ehem. Bila-bila mase je ni aku nk tuntut resepi Kentang Putar dr Cik nohjoy :P
THE END

Wednesday, April 13, 2011

First experience

Pengalaman Temuduga JPA 2011

Selasa, 12 Apr 2011

5.30 pagi aku terjaga dari tidur yang tak lena memandangkan semalam pukul 3 baru boleh lelap walaupun dah ready nak tidur dari pukul 2 -.-

Lebih kurang pkul 7 lebih baru bertolak dr rumah. Andd bla bla bla etc etc etc
(mls nak cite) HAHAHA

Kami bertiga tiba di UTHM tepat pukul 9 pagi. Yeah that marathon(heartbeat) started again. Surah Al-Hasyr tak henti-henti aku baca baik terkumat-kamit kat mulut atau sekadar dalam hati. Mmg menyeramkan rasenye. Tapi aku still cool no matter what Aiceh! Poyo ~

Sampai je, we need to find our name and which panel dekat pintu kaca yang ade bnyk kertas A4 tertampal. Ya. aku dgn Hadri tak satu group. Aku panel 3, dia panel 1/2 ek? Tah lupa. Aku taktau ah nak rase relieve ke sedih ke mase tu. Ye aa, sedih sbb aku tk kenal 1 pun orang yang dlm group aku tu. Relieve sbb at least, ak tk kena speaking depan Hadri nanti. Hahaha lagi kecut kot speaking dpn orang yg kita kenal. Agaknyelah.

And then naik Aras 1 and kena bagi document2 yang tertera pada surat tawaran tu kpd panel masing-masing. Untuk pengetahuan, bukan panel kumpul document tu yang interview eh, orang lain. Haish Then aku dduk lah sebelah cik kak amoi comel2 ni. Apatah mimpi aku tiba-tiba nak dduk situ. And luckily, two of them are my group partner. Wahhh. tk payah cari-cari lagi Haha but, suddenly..

"Nafissa Nadia Binti Ibrahim..."

(bangun dan jalan ke meja panel penuh ke-cover-an) --> ye ah, cara jalan pun dia tgk ennnn. mase ni, aku tktau lg panel yg mntak fail tu yg akn interview aku ke tak ke ape ke. So, masih dlm mood "cover" ah Hahahaha

"Err ayah awak ni ada lg ke takde?"
"Ade. knp?"
"Knp tkde salinan IC? Awk dtg dengan ayh awk ke?"
"Tak. dengan mak"
"Awk ade ke tak copy IC ayah awk? Ke mmg tkde langsung?"
"Rasenye ade dalam fail lg satu dlm kereta"
"Awk boleh amek tak?"
"okay okay(senyum)"
"SEKARANG ye..."

Waaaa aku okay je sbnrnye. sbb orang tu mntak aku dgn penuh berhemah dan penuh senyuman. and suddenly, senyum ni ade je dkt bibir aku sekali Hehe Alhamdulillah. Aku pergi kt kereta and Alhamdulillah lagi. naseb baik ade satu copy.

"Ini dia"
"(sengih-senyum-yang-tk-dpt-ditafsir)"
"kenape?"
"Ni tak disahkan? Yang dah sahkan takde eh?"
"Takde (smbil senyum)"
"Emmmm awak mmg lupa ke?" <--- panel satu lagi siap berkot

aku dah seramm. Is he going to interview me? Omg awal-awal dah buat hal.

"Tak. sy tgk dkt surat tawaran tu 'Kad Pengenalan Calon dan Ibu/Bapa/Penjaga' , sebab tu sy letak ibu punya je"
"Emm okay okay. tape. awk duduk dulu(sambil senyum lagi)"
"Okay terima kasih :)"

Baik kan panel-panel tu? Hehehe so jgn risau lah, tak pernah jadi lagi manusia makan manusia hanya kerana biasiswa Hahaha Cehhhh :P Aku dduk tempat aku balik and start to smile to everyone. Aku pun kenal-kenal dgn ahli group aku and bla bla bla etc etc etc. Tak lame lepas tu turn Hadri keluar dr tempat tu untuk di-interview di suatu tempat.

9.50 PAGI, nama kami satu group di panggil lagi untuk amik tag number. Yes, aku number 4 dlm group tu Hehe Tepat pukul 10 PAGI, ktorang dipanggil lagi sekali untuk naik ke aras 1 dan di-interview. Guess what am i feeling that time? Wahhhhh laju gila jantung mak oi.
Before masuk bilik temuduga, ktorang sempat kenal-kenal dulu sesama ahli group

1. Khairi <-- Sekolah Sains Muar
2. Tan Pei Ling <-- From Segamat
3. Thye Soh <-- From Segamat too
4. Nafissa Nadia <-- Aku ah
5. Low <-- High School Batu Pahat (10A+)

Kitaorang kena duduk ikut number anddddd see that, aku dduk sblh budak 10A+. Tak pernah terbayang dek pemikiran Hahahaa Malangnya, Chinese pula. Hmmm aku heran ke? Tapi dorang seriously baik la. Friendly. Mula-mula macam awkward jugak. tapi bila habis interview, hambik kau. tak kesah dah Hahaha okay. aku dah telajak. moment interview terlepas Wkaka

MOMENT INTERVIEW

Keadaan bilik temuduga - kosong cuma ada beberapa meja yang disaluti kain biru. Ada air-cond yang pasti. Interviewer duduk di hadapan 5 buah kerusi yang tersusun rapi. Atas meja interviewer ada fail, and tak sure fail ape. Macam bukan fail aku je Hahaha

Interviewer - Terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita yang sangat manis. Mereka tampak very profesional. Very formal. The best part is, triple of them are Malays Hihi

Bila masuk, bagi salam dan senyum. Pls, heads up. Dont look down. Look into the interviewer's eyes. Woah I could do this Alhamdulillah. Then 4 of us just stand in front of those chairs. But, Low suddenly comes towards the interviewer and say "Selamat sejahtera" and shake their hands. I was like, errr... Kitorang semua ikut apa Low buat Miahaha cuma, aku perempuan, salam yang perempuan je la.

Hari ini aku kaya dengan senyuman. Taktau lah ikhlas ke sebab semata-mata kerana scholarship ni HAHAHA

That sweet lady mula bercakap. Selamat datang and whatsoever. They required us to answer in Malay if the questions asked in Malay. Dan jawab dalam Bahasa Inggeris kalau soalan ditanya dalam Bahasa Inggeris. That is the rule :)

"Pertama sekali, saya minta anda perkenalkan diri masing-masing"

Fuhh mase ni, aku nervous gila. Dalam hati, Surah Alam Nasyrah tak henti-henti, mula gagap. Baca ayat 3, then terulang ayat 1. Woah And bila turn aku sampai, complete jugak la surah tu ak bace.

"Nama saya Nafissa Nadia Binti Ibrahim. Saya dari JB. Mak ayah saya dah berpisah dan sekarang saya tnggal dengan Mak dan ayah tiri. Saya ada 3 orang abang tiri dan sorang adik lelaki. Mak dan ayah saya cikgu. Emm Saya dari SMK Mohd Khalid, also in JB. Saya bercita-cita untuk mngambil jurusan Perubatan"

That sweet lady ade juga mencelah bila aku sebut parents aku cikgu. Hihi Alhamdulillah, ak bole bertutur dgn baik. But, see that tiba-tiba ade english word aku guna. Hahaha tiba-tiba weh. jgn ikut heh. sbb dy tny dlm bhs Melayu. Mind that. Lagi satu, semua ahli group aku cerita pasal jawatan. Bnyk gila jawatan dorang. Tak habis 3 minit nk cerita Wkaka tapi baguslah kot. Macam aku, setakat S/U kannn, nk sebut pun segan. Kejap lg orang tu tny aku dgn perkataan ni, "Lagi??". Nahhhhh ape aku nk jwb Hahahaha

Panel 1 tny "Macam yang kita tau, amalan merokok sedang menjadi-jadi dalam kalangan orang kita. Kalau nanti awak dah jadi doktor, apa yang awak akan buat untuk mengurangkan kadar perokok di negara kita? Awak boleh berbincang sesama sendiri selama 30saat"

Aku memang suka tajuk ni. I hate smoker weh Hahaha

Low mintak permission to start the conversation. This is really good i think. Kalau Encik Low ni dapat pegi overseas pun, aku tak heran weh :) Then, he talks about having pameran whatsoever. After he finished, he ask me. Dan out of suddennnn

"Bagi saya, kalau saya ditakdirkan jadi seorang doktor, saya akan buat 'research' untuk mencipta sesuatu ubat seperti nikotin yang mampu kurangkan ketagihan. Then, saya akan masukkan bnda tu dalam ubat-ubatan dan saya akan bagi pd semua pesakit saya yang merokok setiap kali mereka mendapatkan rawatan dari saya. You pulak, Soh?"

And bla bla bla etc etc etc.. Aku cerita jwpn aku je eh. Tak igt ah jwpn org lain Hihi

- Kenapa awak nk belajar luar negara?
Aku sebut pasal experience. Ade yg cakap psl advance technology, than transfer knowledge. Aku senyum je ah Hehe

-When you are doing abroad and finish your degree, then you will see Dollar(s) are much higher than in Malaysia, will you stay and work in that country?
Diorang jwb mcm-mcm jugak. Tp jwpan aku No. Hahaha then, that pretty lady tny 'my cousin studied in France and she married with France's people and stay there. How about you?' Aku dah sengih je. And silently aku cakap "I won't" while Low is giving his opinion. Lepas tu that lady sndiri ckp 'So, you won't involve yourself with any foreigner ya?' Miahahha aku senyum je :)

- What is the effect of globalisation on medic?
Soalan ni menjengkelkan. Sbb aku slh dgr. aku dgr 'effect of globalisation on maths' HAHAHA penat aku pk ape kne mngene globalisation dgn maths. naseb je ak tk sebut psl Al-Khawarizmi en. menjajar la jgk aku cari jawapan. rupanya, medic. Low start psl internet. then semua orang elaborate je Miahaha

-How many hospitals are in Malaysia?
Kuss semangat soalan Hahaha. aku dgn lantang jwb 'almost thousands maybe' and the all of them laugh Hahaha tapi aku tak kesah pun. macam melawak je la gitu Hihi

-Kalau JPA tawarkan biasiswa dalam negara berbanding luar negara, awak terima tak?
"I will". Tapi ade yg jwb tak la ape la. Hihi then, panel tu ckp 'kalau awk da jd doctor, bila-bila pun awk bole pegi overseas cth, smbung master kt overseas'. Then, aku betah "Bagi saya, biarlah sy dptkan degree di luar negara, sbb sy bercadang untuk amek master dlm negara je" Aiceh!

-Why do you want to be a doctor?
Low yg bnyk jwb. Panel tu tny lagi, 'your parent force you to be a doctor?'. Aku jwb slow-slow je la. panel tu dok pndang Low je. Hahahaha

Ape lg ah dy tny? Lupa. Ish

Panel ade cakap, either awk dpt PILN ni, atau pun awak akn ditawarkan Biasiswa dalam negara atau, awak tk dpt ape-ape. Tu semua rezeki masing-masing. Sebab competition sangat tinggi. Lebih kurang laaa :)

Habis soalan, ktorang nk keluar tu. Mcm biase aa say thank you than salam. Aku punya gelabah tk semena-mena, lps aku salam panel 2 (that lady), panel tu ckp 'aik, tk sejuk pun tangan' Haha and thennn ak pegi hulur tangan dkt panel 3(lelaki) Hahaha tak senonoh. Dah kalut da time tu sbnrnya aku ni. Panel tu pun senyum je.

And thennnnn, keluar je, mula ah jd diri sndiri masing-masing. Senyum ketawa habis dah Hahaha It is amazing actually. Smpai bawah, tgk Hadri dah settle. Lepas tu 1 jam tnggu dpt fail kita balik. Lame gilaaa Tapi heran ape :) And thennnn makan and bla bla bla etc etc ..

Okay itu je kot. Lain tempat, lain interviewer, lain cara, lain soalan, lain style, semuanya lain. Yang penting kena relax. Alhamdulillah aku mampu relax. okaylah tu kan. aku pun mmg tk harap apa-apa. at least, aku bole show my confident. At least, aku tak memalukan diri aku sndiri depan mereka. Mungkin sbb buat dpn orang tk kenal kot. Mungkinlah Hihi

Tapi seriously rasa satu batu atas kepala dah jatuh bawah dah bila habis tuuuuu. Gila over aku cerita kt mama. Hadri ade kt blakang pun aku tak herankan dah Hahahaha Aku tau nervous-nervous ni hilang sbb mereka. Sebab mama yang seikhlas hati baca Yassin dlm kereta while waiting fr us. Mak yang terus berdoa kat rumaa Hihi Nani yang nasihatkan baca surah-surah tu, Sharvini yang tlg amin-kan doa doa kitorang, Iman yang bg advice to be yourself and bace surah al-Baqarah 3 kali -.-' Hahahaha thanks a lot.

But most thanks of course lah kat si Mat tu :) Agknye kalau dia tkde, susah jugak aku nk yakinkan diri sendiri plus, susa jgk ak nk berinteraksi dgn budak-budak dlm tempat tu Hihihi malu den.

Okay lah Doraemon Malaysia yang kedekut ni nak amek balik mesin dia. Kbai(:
THE END

A news

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat~

Mari kita ikuti mesin masa Nadd yang dicipta khas drpd Doraemon Malaysia *flashback*

JUMAAT, 8 Apr 2011

H : Nad, check kan temuduga JPA aku skg.
N : Skg? Bkn ptngahan bulan May ke? Aku tgh tgk Maharaja Lawak ni. ish
H : yela kann
N : check kt mane? -.-
H : Check je dkt eSilav.gov
N : Jap.

eSilav.gov ---> ERROR
eSilav.jpa.gov ---> ERROR
eSilav2u.jpa.gov.my ---> ERROR

Cik google, tolong saye pls.

Nahhhhh, jumpa pun! eSilav.jpa.gov.my -.-


andd i was like.. OMG INTERVIEW. Aku pun check aku punya andddd


Marathon start again. Bukan dupp dapp lagi dah. Gedebuk gedebak dah ADOI

N : Abah. ---- JPA.
Abah : Knp? dapat? wahhhh, pegi oversea la ni.
N : Panggilan temuduga je lah -.-
Abah : Bile? *amboi senyum dia*
N : Selasa ni. Dekat Batu Pahat lak tu
Abah : Selasa? Mama lah anta. abah tkde.
N : *speechless-marathon on board*

Check hadri punya pulak. Anddddd okay go.

N : Ko dpt. Selasa ni 12 Apr. 9.40 pg.
H : Ko dpt?
N : Dapat. same. Hahahahaha

Aku dah speechless gila. and dah tak minat nak tgk Maharaja Lawak dah. sebaliknya, aku download semua borang diperlukan and print. And then, ak guna Cik Google searching fr tips-tips temuduga JPA whatsoever. aku baca balik link yg Gdah bagi andd suddenly time became fast. Tibe-tibe pukul 5pg -.-'

HAHAHAHA

Hello, this is my first time attending fr Temuduga. Tak pernah seumur hidup. Tak reti senyum pd semua orang. Tak reti bercakap pandang mata orang. even buat presentation pun, aku tgk meja. Tak pernah berani nak pandang ckgu and give attention to audience or what. I have no ideas on any current issues. Tak pernah speaking live on earth without 'err..err' and now, I have to. Yes. I have to. Huwaaaaaaaa nak menangis pun rse mcm tak layak je.

Kawan-kawan banyak bg support. Of course, my mom tidak dilupakan.

N : Takyah pegi bole tak? Adah bkn nk g overseas pun.
Mama : Pegi je dulu interview tu. Kan experience tu. dpt ke tak, tu cerita kedua.
N : Ala. mesti tk dpt punya. Ramai tuuu
Mama : Kan ke kita ni kena cuba dulu.
N : Adah mane pernah pegi interviewwwwwwww
Mama : Baguslah. Kalau tk pegi, sampai bila pun mmg tak pernah.
N : *sigh*

Apa pun, Alhamdulillah. Google sangat membantu. Mereka-mereka yang tak lokek kongsi pengalaman turut membantu. Terima kasih banyak-banyak ye walaupun saya tidak pernah mengenali anda semua Hihi

Dan dikesempatan ini, aku rase tak slh kalau aku turut same berkongsi pengalaman Temuduga JPA aku kann. Mungkin bermanfaat pd mereka-mereka yang memerlukan. Mungkin satu hari nnti "Narddstorry" akan muncul dlm search engine google or yahoo ke kannnn Hehehee

Errr Please, no hard feeling (:
To be continued..

Thursday, April 7, 2011

Miang sekejap HAHAHA

Hell-o kawan-kawan.
Hari ni saje nak ajak uols miang-miang kejap Hahaha
 

Truths about Crush
1. You are always looking at him/her.
2. When he/she comes, you will blush.
3. When you receive a message from him/her, you get excited .
4. You always visit his/her wall in FB.
5. You kept thinking of him/her while reading all this.

Aku nampak ade orang senyum. Ala manisnyeeee. Hehee Mesti tengah fikirkan seseorang kan? Haha Takpe, semua ni normal. Semua orang rasa. Eh tak, certain orang je rasa. Orang takde hati takkan rasa semua ni Hahaha


It's better crushing on someone who will never fall for you back. Seriously.

Why? Because there's no hypocrisy. You won't hurt anyone or being hurt forever. You know he will never be with you, yet you can still feel the feeling untill whenever you want ^^

Macammmmmm I dengan dia ni Hihihi ♥

Yeah, I MISS THEM :(

One word to describe this post ; Gedik. HAHAHA
THE END

Wednesday, April 6, 2011

Kini tidak lagi,

Assalamualaikum.
Still remember impian aku untuk memelihara kura-kura? Okay tak ingat kan? Haha

Ya. suatu ketika dulu aku pernah bela kura-kura. Banyak kali beli. Kalau tk mati, kura-kura tu hilang. Sebab till now, takde sekor pun kura-kura ade kat ruma aku. Hehe and and lately, aku rase nak bela kura-kura sangat-sangat. It's not lately. Ade lah beberapa tahun yang lalu. I want a tortoise so badly.

Tortoise which someone-special will give to me and i will take care of that cutie sampai dia besar. How sweet. Alah. ala-ala cerita My Heart tu Wkaka

And and kalau impian aku tu jadi nyata, aku nak satu betina, satu jantan. And then bagi nama Didie & Ninie. Lepas tu aku nak letak dalam balang kaca bulat yang selalu orang letak ikan emas tu. Then aku letak balang kaca tu dkt sebelah katil aku. Tiap kali bangun tidur, boleh senyum tengok kura-kura tu golek golek Hahaha Comel kan?

Ini semua pengaruh cerita-cinta dekat tv. Jangan salahkan aku pls. Haha

Kenapa mesti kura-kura? Takde binatang lain ke yang lebih cute seperti kucing ke, ayam ke, burung ke ape ke kannn Haha Actually sbb kura-kura senang gile nk jage. 3 hari tak bg makan pun, still power lagi. Cume leceh kena tuka air hari-hari. kalau tk tukar, memang lah melantung bau ewww.

TAPI TAPI..

Kini impian tu sudah tak wujud. Haha sebab? Read this : Hukum Membela Kura-Kura, Yaya Terkedu ! .

Aah. aku pun terkedu. Jangkitan Salmon-ella. Ikan Salmon & Ella penyanyi tu Hahaha tak ah. ini name bacteria. Jangkitan Salmonella / Salmonellosis. Guwa tk pernah dengar benda alah ni. Dan yang paling menyedihkan, it affects baby mostly. Haish

Dah aku pun make up mind. Tak jadi dah aku nak bela kura-kura. Hahaha
THE END

Tuesday, April 5, 2011

Err

OMG yesterday was 04 Apr 2011.
A year passed by without my concious. And everything is seriously okay. Alhamdulillah :')


'Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang' Aminnn.

May Allah bless you, as always.
THE END

Silence fear


That's it.

Aku wujud lagi ah. Haha cuma, nothing to story. Nothing to say. No-no. There's something to share, but no courage to proceed HA-HA Omg. i miss you, Deannnnn :'(
THE END

Where all things begin

. . . I still remember the moment when i wanted to decide whether to further my study or to work. I had both opportunity came at th...