Sunday, August 7, 2011

Kita couple balik pls :(



Assalamualaikum.

Di kesempatan ini, secara ikhlas saya ingin katakan, saya rindu awak. Seriously saya sedih dengan perpisahan kita walaupun sebenarnya perpisahan itu berpunca dari saya sendiri. Saya minta maaf. Awak, saya tahu awak di sana masih terus menanti saya. Cuma mungkin saya yang buta. tidak sedar akan kehendak hati yang hendak terus bersama awak sampai bila-bila. 

Tapi awak tu yang tk berubah. Masih dengan ego awak. Masih suka menyusahkan saya. Masih tidak mahu mencari saya semula. Masih abaikan perasaan saya seperti dulu. Awak tak pernah make any effort untuk pujuk saya kembali. Walaupun saya dan awak sendiri tahu, betapa bernilainya saya pada awak. Saya tahu semua tu. 


Dan disebabkan itu juga, saya berada  di sini. Menyampaikan kata-kata yang sungguh saya tak mahu katakan. Tapi saya berjaya ketepikan ego saya kali ini. Saya berjaya. Sedangkan awak? Masih begitu jua. Takpelah awak, untuk masa depan kita dan bakal anak-anak kita yang tidak tahu berapa jumlahnya, saya rela. Rela campak ke laut ego saya ni. Bukan senang tau awak. Tolonglah hargai. 

Saya cuma harap, tatkala kita bersama semula, awak berubah. Tak meyusahkan saya seperti sebelum ni. Saya harap saya dapat memahami awak dengan lebih baik. Lebih hebat daripada Albert Enstein yang selama ni ada dalam hati awak kan.

Semoga kita mampu mencipta chemistry yang tak pernah ada antara kita sebelum ni. Mungkin itu akan mengukuhkan kita berdua. 

Okay lah awak. Itu sahaja warkah dari saya untuk awak. 
Salam sayang dari Saya yang tak paham awak.


OKAY FINE, ENOUGH OF THAT CIK KAK. AKU GELI :P

Apa yang anda fikir bila terbaca watikah berjela begini and this thiggy di post oleh Nadd? Ofc, ade yang pk aku miang tah ape-ape, ade yang pk aku merepek. Atau mungkin ada yang pk jiwang jugak si Nadd ni(WHAT?). Hahahaa tak kesah la hangpa nak pk ape. Just, please read the next sentence okay. 

Imagine that "awak" is Physics and "saya" is nadd. 
And think by yourself :)

Motif : Akan aku cuba menyelami Physics sepenuh hati aku. DEMI final exam after raya nanti. Wish me luck! Hahaha

THE END

7 comments:

nohjoy said...

poyo...
JIWANGGG...........
HAHAHHA

Ibrahim's Daughter said...

hahahahaha SAJE JE BROO :D

Anonymous said...

Maafkan saya kerana lambat membalas warkah awak.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana awak sudi menerima saya kembali dan mula mencintai saya.

Kalau awak benar-benar ingin bersama saya kembali,satu saja yang saya pinta.Imaginasi.Jangan pernah bataskan imaginasi awak pada saya kerana itulah kunci untuk saya dicintai... =)

-Mr Physics-

Ibrahim's Daughter said...

*speechless*


10 minit kemudian...

Terima Kasih awak (: Saya janji tak sia-sia kan peluang awak bagi. Saya janji!


-even i don't know you-

yana,, said...

nadd!!! aku nk jugak mr phy,,
ksi laa sorang kt q weyhh,,

Ibrahim's Daughter said...

Ngeh, kt UM kan bnyak. cari laaaaaa :)

Anonymous said...

hye

Monkey love and opinion

Assalamualaikum Few days ago, i went to my supervisor's house for some makan-makan preparation. I had some deep conversation with Dr&#...