Monday, April 30, 2012

14 bulan lagi aku pulak 20 tahun.

Assalamualaikum!


Korang mesti kenal Dena Bahrin kan? famous blogger tu. Aku pernah bukak blog dia dulu-dulu. tapi tah kenapa tak follow pula. Then, aku taktahu apa-apa. Suddenly, kecoh pasal video dia di-proposed tu. aku menangis terharu tengok video tu weh. Pegh rasa macam aku pulak kena proposed. hahahaha but still, aku masih tak perasan itulah Dena Bahrin. and then, kat twitter orang dok RT tweet-tweet dia. Aku sangka dia twitfamous. masih tak boleh kait blog dia, video proposed & twitter tu milik orang yang sama.

Oh noob sungguh.

Dalam masa aku lupa pasal video proposed dia yang super-awesome-sweet tu, tup-tup aku baca tweet orang dok wish dia congrates dah kawin. And bila jumpa cousin aku, she says the same thing. Dena Bahrin dah kahwin! Aku macam. kfine, DenaBahrin kahwin. so what? Hahahaha nard yang sentiasa nerd.

Dan aku berminat stalk twitter dia. 
And i read this entry : perihal-denabahrin-selamat-pengantin

Then i was like. What? that video. What? Dena Bahrin! Ohh. ye. Wow. Awesome. and again, What? 20 years old?!!?! @#$%!!!


Aku tau fenomena kahwin awal, kahwin gantung / nikah khitbah sedang berleluasa. but to see a famous blogger, up-to-date awesome cute macam dia, aku rasa.. sangat awesomely happy for her. And i wonder why fr a long time, sekarang baru aku perasan dia. Ya Allah. beruntung dia. 

Lame thought yang ada dalam kepala hotak aku, orang kahwin awal mostly sbb terpaksa. you know those yang buat silap dalam relationship diorang sampai tersasar jauh. Muahaha or someone yang dah kawan/bercinta since sekolah rendah and mak ayah dorang dah takde pilihan lain unless kahwinkan diorang sebab taknak perkara tak elok jadi. Atau, keluarga alim-alim yang super-duper segalanya kerana Allah & kahwinkan anak dia seawal-awalnua supaya dapat kembangkan zuriat Islam dalam dunia ni(good one). dan pilihan hidup macam ni, jarang dipilih oleh orang moden kecuali aku. hehehehe

itu lame thought aku. *terasa sangat lame*

aku fikir cam tu, tak bermakna dulu aku tak sokong hal-hal kahwin awal ni. In fact, aku dah fikir dah. kalau sekarang ni, aku ada pakwe yang seriously he is the one for me i am the one for him, aku memang prefer nikah khitbah je. lepas tu boleh plesing kat budak-budak yang dok kapel sana sini tu. ekekeke tapi takdak la pulak. jodoh den tak sampai lagi. Muahaha

Dan aku pun pernah berangan & bagitahu hosmet & cousins aku. kalau sekarang ada orang tiba-tiba pinang aku, aku tak agak-agak terima. Hahahahahaha then diorang respon "yelah kau nad kejap lagi yang pinang kau tu tua kerepot tak hensem. Haaaa padan muka". K. aku tarik balik kata-kata aku. hehehe

Ala, jodoh Allah dah tetapkan kan? Nak risau apa :)

Tapi, thumbs up untuk Dena Bahrin. She brings the fenomena to reality. Semoga bahagia selalu di samping suami tercinta! Dan now, aku sangat jatuh hati dengan tutorial tudung awal dia tu :P

Bila dah tengok cam ni, aku masih wonder kenapa ramai lagi girls kat luar tu jatuh dalam mulut lelaki. Masih di situ tak bergerak. Don't you see the awesomeness having a man totally yours when the time comes? Ya Allah, jauhkan aku. Aku nak Allah kunci hati aku. bagi pada dia, on that one fine day :) Amin.

Sangat awesome!

Dan kepada jejaka-jejaka luar sana, tolonglah simpan sweetness and softness anda untuk dia, yang Allah dah tetapkan tu. Tak adil kalau isteri kau punyalah kunci hati untuk kau, dan tup tup kau tu playboy antarabangsa. tak pun, dok sweet-sweet dengan ex kau suatu masa dulu. And do you think you ever deserve that woman? Think. think. think.

Haaaa, perempuan pun! Hahahahahaha

P/s : No more crushing. Dah kunci. ececeh hahaha

Pictures : Rusydee Artz , milimilo
THE END

Keputusan Asasi UiTM aku

Assalamualaikum.


Sejak bertweetweet, aku jarang ke blog. Datang bertandang pun sekadar tengok new entry dari blog-blog lain, entry-entry ilmiah untuk santapan kepala otak yang makin lama makin teruk kekaratannya. hahaha eh tak karat lagi lah. i'm fresh you know. hehe

Dah beberapa hari berlalu setelah dapat result Asasi. UiTM je lah. adil sungguh dunia ni, Matriks sambut merdeka mereka, student asasi UiTM bahagia sama. Bahagia kalau result okay. Tak bahagia? sapa suruh tak belajar betul-betul dulu kan? *cermin*

Tak. tak. aku bahagia. ALHAMDULILLAH.

Terima kasih Allah. Terima kasih Mama, Mak, Abah, Papa. Mereka tak putus doa untuk aku. Kalau nak ukur usaha aku, aku rasa aku boleh usaha lebih lagi suatu masa dulu. kadang, rasa apa aku dapat, macam tak setimpal dengan usaha aku. tak, bukan membongkak atau merungut atau apa. ni masalah self-esteem. perasaan tak layak untuk apa aja. aku cuma nak cakap, semua ni berkat doa mereka. serius. 

Ah, tak mungkin aku lupa mereka-mereka yang hadir dalam hidup aku along aku kat palam. Lecturers, housemates, groupmates, dk-mates, asasians, and even makcik-pakcik dekat raff tu pun. Kalau salah seorang dr mereka tak wujud, mesti kurang memo aku kat palam tu hihi

TERIMA KASIH UITM ; KAU DIHATIKU

Meh, aku nak kenalkan dengan lecturer-lecturer aku. those ohsem people!

Biology
Puan Mazhani : Muhammad. Lecturer sem 1, merangkap Mentor A10 :)
Puan Fazlina : Lecturer Sem 2. Pensyarah, merangkap seorang kakak di mata aku.
Miss Farhana : Tutor sem 1
Miss Yana : Tutor sem 2. Strict, sweet, smart & loving. Thanks, miss ! miss macam ckg bio saya dulu :)

Chemistry
Dr. Rozana. Lecturer sem 1 & sem 2. Pensyarah paling ohsem! hehe
Miss Hazwanee Osman. Tutor daebak! dua-dua sem control A10. sangat cute.

Physics 
Prof. Madya Hj Ahmad : Favourite lecturer! kelakar, nampak garang. suara ohsem. aku tak pena tido time lecture dia. hehehe orang lain selalu woooooo :P 
Sir Megat : Tutor sem 1. Namun, tinggalkan A10 kepada Che Mat time sem 2. but, im lovin' it.

Mathematics
Puan Khadijah a.k.a Puan Khaty : Lecturer comel. OHSEM gila belajar maths dgn dia.
Miss Nurul Farhana : Tutor maths ohsem jugak ! 

BEL
Puan Lizana Madali : Sem 1. She's everything. tense hilang masuk kelas dia <3
Puan Irma Wahyuny : Sem 2. She's so loving & soft.

CTU
Ustazah Anisah : Sem 1
Ustaz Jamil : Everyone in class fall fr his softness & kelakar-ness. Me not. ceh

TERIMA KASIH *rasa nak nyanyi lagu kau ilhamku ja*

Korang mesti ingat aku nak tayang result aku kan? printscreen ke? hahaha aku memang dah printscreen. tapi tu lah, berat ja nak upload. hehe cukuplah tau, aku tak 4 rata. Alhamdulillah dengan apa yang dapat. Rezeki Allah ada di mana-mana je. Ilmu Allah pun :)


P/s : tapi aku, masih ada impian. impian yang bersimpang-siur. hahahaha
biar Dia yang tentukan.
THE END

Tuesday, April 24, 2012

A year older.

Assalamualaikum.

23 April ; Semalam birthday Mama <3
HAPPY BIRTHDAY, MAMA.

iloveyou.

"Ya Allah, berilah Mama segala yang diinginkan. Panjangkanlah umurnya. Sihatkan lah tubuh badannya. Bahagiakanlah hatinya. Berjayakan Mama di dunia & di akhirat, Ya Allah. Jadikanlah aku anak solehah. Moga nanti, dia dapat royalti berlipat ganda :)"


Home-made Carbonara. For loved one. 
K tipu. Guna Prego je ehehe 


Mama kata, ni birthday gift. Unexpected. Tiba-tiba muncul di pagar. Mungkin orang punya, mungkin tak. Tapi sumpah comel! Manja. Aku yang fobia binatang ni pun, dah cool dah pegang-pegang dia. Jatuh sayang mungkin. Baru satu hari. Harap-harap, tak bertuan. 

 Danny!

Kecik je sebenarnya. Gambar ni tipu. Hikhik

THE END

Sunday, April 15, 2012

"Ahmad Mikhail"

Assalamualaikum

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.[10]

Nama yang Allah paling suka, Abdullah & Abdurrahman.


Comelnya awak semua ni :')

P/s : Kalau gitu, kita tukar lah. Abdullah Mikhail. Hamba Allah, Mikhail. Hehe 
#JUSTSAYING ;)


THE END

Wednesday, April 11, 2012

Selamat datang ke dunia, si kecil.

Assalamualaikum. 

Sihat? Saya sihat. Tengah duduk goyang kaki dekat rumah. Masih dalam keadaan yang sama, belum cari kerja & sewaktu dengannya. Malas yang tepat. Maaf. Hihi Nak menaip pun tak berapa nak rajin. Maaf lagi sekali. 

Eh, kita ada bayi baru. Ingat lagi si kembar comel yang kita dok tayang dulu tu? Ala yang gemok-gemok, putih-putih, comel-comel tu. Tak ingat? Ni haaaa. 


Besar dah dia kan. Kakak kita kata dia dah berlari dah. Aww aunty you all ni tak sempat lagi nak menengok marathon larian kalian. Sedih tau. Semua sebab Asasi habis awal. Ish!

Pelik lah pulak berkita-kita ni. Tak biasa gedik macam ni Hahahahahahahhahaa

Point sebenar, cuma nak cakap aku ada anak sedara baru. First anak sedara lelaki. Lahir 4 April hari tu. Hero malaya ni sangat ditunggu kelahirannya. Sebab kami dah ada 5 anak sedara gegirl. Semua comel-comel. Paling besar, dah darjah enam. So, ini kali pertamanya lelaki. InsyaAllah bakal Imam yang dinanti. Amin! 

Gambar betul-betul lepas lahir.

Awak ni laki-laki, kenapa pakainya merah jambu? Haish dulu kakak-kakak dia lahir, pakai kaler biru. bukan pink. Den tak pahe la abang kakak den ni. Hahahahaha Anyway, you will grow into a brave man kan, baby? :)

Muka anak mami :)

Comelnya! Oh ye. mereka-mereka ni anak kelahiran utara. Bukit Mertajam mari. Almaklum, kakak ipar aku orang utara. Lahir sana. Perempuan kan? Mesti dekat dengan mak moment-moment cam ni. Nampak gaya anak aku lahir Johor lah ek #EH Hahahahhaha. 

Nak pergi Penaaanggggggggg. Mama taknak. busy kerja. Penat. Hm. Takpelah.

Gambar hari ni. 9 hari melihat dunia.

Selamat datang ke dunia, sayang :')
Esok besar jaga kakak-kakak awak elok-elok ya.

P/s : Adik boy ni takde nama lagi. Ahmad Mikhail please. Comel kot. Ekekeke Taknak takpe, esok kasi kat anak sendiri je. Sobs sobs.

THE END

Rumours i made

Assalamualaikum I spread rumors that I wanna get married after I completed my current study. What they dont know is, that just to tur...