Friday, July 27, 2012

'P' is not just a letter

'P' adalah satu huruf yang melayakkan anda memandu/menunggang di jalan raya sekitar Malaysia. 'P' adalah sesuatu yang diidamkan oleh majoriti kanak-kanak lepasan sekolah. 'P' juga ibarat satu perlumbaan bagi sesetengah pihak untuk memperolehnya. Dan 'P' selalunya terbahagi kepada dua ; Kereta atau Motor. 'P' yang aku cuba ketengahkan sekarang hanya untuk kereta. Motor boleh blah. Hahaha.

Assalamualaikum!


Motif lah kan nak cerita pasal 'P' dalam bulan-bulan puasa ni, Nad. Cuba bawak entri yang kena dengan masa sikit. Cerita pasal juadah berbuka ke, jual kuih raya ke. Kongsi hadis-hadis Nabi ke. At least takde lah buang masa readers. Kahkahkah

No. aku nak cerita pasal 'P' jugak.

Setahun aku bergelumang dengan 'L' hanya untuk dapatkan 'P' yang kuat-kuasa dua tahun je tu. Pegh. Sungguh, semua tak mudah. Tapi, aku rasa syukur, tak mudah aku, ada lagi orang lain lalui lagi tak mudah. Contoh, kena marah tak tentu pasal dengan tenaga pengajar. Lagi tak best, hanya sebab diorang PMS. Aku tak kena tuuuu. Ada orang siap kena goda lagi, aku tak kena. Alhamdulillah.

So, apa yang tak mudah sangat bagi kau tu Nad? 

"If you feel others are so hard to be handled, you should know that you are always the hardest thing to be handled by yourself" - Quote guwa buat sendiri. Hahahaha

Ya. tak mudah untuk aku fight the will inside me. Fight the feels of 'malu', 'ego'. It's hard to get myself not to give up. It's harder to make me istiqamah kejar impian sendiri. One year beb. Sehinggakan memperoleh satu lesen memandu yang dipandang 'kacang buncis' oleh ramai orang, jadi satu impian besar aku untuk masa terdekat. Hahaha Aku mengaku, aku sangat overthinking. 

Start with gagal Ujian Undang-undang bukan sebab tak cukup marks. Tapi sebab gagal ujian warna. Kes tu buat proses untuk dapatkan 'L' tu berlanjutan berminggu hingga bulan. Punca ; My driving school had lotta students to handle. And, i am fighting the feeling inside me. Sapa tak rasa down woi bila kau gagal ujian warna. The feeling of 'weh selama ni aku rabun warna ke. weh selama ni aku minat kaler pink tu, bukan kaler pink ke?' Kahkahkah. Not that. Banyak kena settle. Pegi hospital whatsoever. pegh. 

Then, the class keep going. Tapi dah time untuk aku blah masuk Palam. Of course, Lesen dilupakan. Haha Habis kelas 9 jam, seorang nad masih keliru gear 1,2,3,4,5,R. Dah tamat kelas 9 jam, seorang nad masih tak mampu kawal stereng dengan betul. Dah tamat kelas 9 jam, seorang Nad masih bangang nak kawal minyak, clutch. Huh! 

Tell me, what i felt last time. 

Rasa macam. woi Nad. kau sekolah belajar okay. Kereta tang senang, failed. Apa ni. Kahkah. I fight with myself. Sumpah, this is the hardest thing. Bila cuti Sem, aku sambung balik. Habiskan beberapa jam yang still free tu. And at the end, aku masih belum bergelar pemandu latihan yang berkaliber. Guwa tak berjaya bhai. Takde confident. Tekan minyak ikut cakap instructor. Instructor masih tolong kawalkan stereng aku time memandu. Kahkah. And i stop. sambung belajar. Free hours untuk belajar, dah habis.

By this time, orang-orang yang habis PLKN, kerja time cuti dulu, memasing dah ada 'P'. Aku? Lagi sadis, kena gelak dengan housemates Palam guwa. Pegh. Tapi aku tak pena kesah pun kena gelak. I make others happy (roll eyes)

Habis Asasi. Konon, plan lepas dapat lesen nak kerja. Sampai sekarang, aku masih duduk rumah. Haha. Bulan pertama cuti, aku masih tak sambung lesen. Bulan kedua.. i start. Tambah belajar. Aku still tak boleh bawak weh. 1 jam RM35. Sekali belajar, 2 jam. And aku tambah bukan sekali dua kali. Allah, berapa banyak dah aku habiskan duit Mama :'(

I fight with myself again. You do it better today or just stop burden them!

Serious, parking semua dah okay. Jalan raya payah. See, masalah aku berlainan lagi dengan orang lain. Biasa, orang problem parking. Aku terbalik. hmm. Nak dapatkan Markah 3 for jalan raya tu payah. Markah 3 baru layak untuk QTI. 

Kali ke 4 tambah belajar, aku sangat mengharapkan '3' tu. And guess what? aku tak dapat lagi. Ya Allah. Habis belajar tu, aku tahan air mata kat tempat belajar tu. That was hard weh. Harap takde kakak kerani or abang-abang tu nampak. kahkah. And bila naik kereta, i burst my cry. The most uncommon thing is, Abah yang amik aku. And i cried. I never did that. Serious never. Hahahaha

What i was thinking is just, berapa banyak lagi duit? Berapa banyak lagi Nadddd?!

Kalau ingat balik, i think Abah has been the best father ever. And i never noticed it. It's not about the money. Truly. After that, baru aku okay. I have the confidence. Dapat 3, terus proceed QTI. And then, JPJ. Alhamdulillah.


Tu belum kes aku malu dengan abang yang kerja situ lagi. Biasa, weekdays, orang kerja situ amik aku kat rumah. Bawak pegi tempat belajar. 2-3 kali aku belajar, dia amek tiap pagi. Ada satu hari tu, aku ingatkan dia amik dalam pukl 10 gitu. Aku tk siap lah. But tup-tup pukul 8, dia dah datang rumah. And aku baru nak masuk bilik air. Intensif called me. The calls became missed calls. Bila aku dah siap, aku call Intensif cakap kenapa tk datang. And intensif told me, abang tu dah datang tadi, awak tak keluar. pegh.

Aku turun bawah tanya orang buat renovation rumah aku ni, tadi ade orang datang ke. Pakcik Amin kata, ada. 15 minit dia tunggu. Panggil-panggil, tak keluar. Ingatkan tidur, dia balik. Sejak tu, aku pegi naik teksi. Kahkahkah Malu kot. pegh. dah lah abang hensem. Malu sebab bangun lambat and malu sebab dah menyusahkan orang. Hahahahahahaha After seminggu, baru sambung belajar and guwa tak pandang abang tu sejak peristiwa hitam tu. Malu punya pasal. See, i'm fighting with myself again.

But guess what, time aku nak jpj jalan raya, abang tu cakap 'buat elok-elok' and senyum manis/sinis. Puiii malu guwa!

Well, what i think is hard, was not that so hard. Haha. So, just stop complaining yourself. Allah baru cuit sikit, dah gelabah cam tu sekali. Tapi apa pun, Alhamdulillah. Sekarang dah ada 'P'. Hahahahaa! Satu per lima impian aku masa cuti ni dah tercapai :3 Lagi empat, tak tau lah bila. haha

P/s : Advice yang boleh aku kongsi ialah, berhenti mengutuk belakang tenaga pengajar kita. Mereka bagi kita ilmu. Stops spreading the news tentang cikgu kereta aku itu ini. They are just normal IF you act normal. Yang penting, kita yang nak tuntut ilmu dari dia ni, terima apa saja. Belajar kereta tu ilmu jugak kan. Hormat mereka. And kuncinya, senyummmmmmmm. Senyum dapat sembuhkan segala penyakit hati. Senyumlah pada mereka :)

Goodluck uolls!
THE END

Thursday, July 26, 2012

Kahwin meh

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan. Ramadan kareem, semua! Ramadan kareem tu maksudnya "Ramadan Mulia". It's like the way we show we are so teruja dengan kedatangan bulan Ramadan ni. So, Ramadan Kareeeeem!! Hehe

Taknak lah poyo lebih-lebih. Watch this. Among the best videos i have been watching for this Ramadan. So cuteeeeeeee! Eh no. So contentable!! ;D


Lets win this thing.

Back to the tittle of this entry. "Kahwin meh". Amboi. bukan aku nak ajak hampa kahwin. Aku tak ready lagi pun. Hahaha Actually sekarang ni, aku baru lepas tonton some videos on Youtube. Tahu Beetles & Roses? Program Talk yang telah diadakan di Taylor University Lakeside Campus on 17th July. Ala campus Ohsem yang Hanis Zalikha tulis dalam blog dia tu.. Hehe

That talk was done by Wardina Safiyyah & Aiman Azlan. Two of my favourite idols.

Oh man. Aku memang nak sangat-sangat yang amat nak pergi. But, i don't have the opportunity. Belum ape-ape, tiket dah habis. Well, 17th July was a day after my birthday. Aku ingatkan ada lah orang baik hati nak pos tiket free ke kan. Kahkahkah

But none. Kahkahkah *cried*

Kenapa teruja sangat? Heyyyy. It is Aiman Azlan. Bro Aiman bukan selalu balik Malaysia. And it is Kak Wardina! Hellooooo, i've been watching my friends meet her at any other programs. And she is just, normal. I mean, i want to be a better person, just like her :) And more, the purpose of the talk. The tittle. The concept. Ya. guwa memang kalah bila part lelaki-perempuan ni. Hmm.

And then. i found some videos on Youtube. Brother Aiman retweeted it! Thats why i love twitter :p
This is the link : Link 1 & Link 2

Aku lah insan paling bahagia. So, now it is 3.17AM. I wish to talk about marriage here. But, i feel sleepy tiba-tiba. And, tiba-tiba rasa macam Hoi Nad! Wake up. Then i decided to just printscreen apa yang aku quote-kan kat twitter while watching all the videos. Teehee!


I pray that you will watch all of it too. You will love it. Please.
THE END



Tuesday, July 17, 2012

19 years on His earth. Alhamdulillah :)

Assalamualaikum.

Amboi nad. Galak mengupdate ye sekarang. Almaklum, kerajinan & idea serta ketabahan menaip hanya datang saat-saat emosi tengah kuasai diri aku. Macam sekarang, musim excited dengan segalanya. Yela, birthday girl kan :p

Thank you Allah! For this lovely 19 years :')

Semoga aku dipanjangkan umur lagi 50-60 tahun lagi. Sempat habis kan degree, sempat kerja, sempat kahwin, ada anak cucu, and paling penting, bagi peluang aku bahagiakan mama abah sampai akhir hayat aku. Tak lupa, Papa juga. I want to see him smiling. Aku doa semoga mereka-mereka yang sayang aku, akan terus sayang aku. Hehehehe

Thank you for these love.

You always be my number one, Ma :')


I just want the world to know, this is the person who always be here and this is the person who loves me more than anyone else can do. Even a future husband will never love me like you. You deserve this honour :)

Bila birthday ni, dah jadi satu trend wallpost kat FB melimpah ruah. Ada tu yang tak kenal pun turut wish aku. Thank you so much :) Yang kenal, aku lagi lah appreciate. Each one of the wishes, aku baca and reply. Orang doakan kita, kenapa kita nak menyombong pulak kan? Terima kasih. Aku manusia, tak berhak nak persoalkan ikhlas mereka. Bagi aku, dorang ikhlas je. Tak kisah lah HB ke H.B ke. kahkahkah 

Anyway, so thank you. Tak cukup Fb, twitter pun! Aku memang lagi aktif twitter dr Fb. Twitter awesome lagi kot. ekeke You can tweet anything. You are telling the whole world, but actually only certain read it. Why? Because timeline runs so fast. And that's why i love twitter <3


Rakan twitter yang sungguh sweet. Haha! Ada tu, siap wish dua-dua. Sungguh kasih betul mereka kat aku. kahkah. Saje guwa printscreen. Kan timeline twitter ni runs fast. Hehe

Tak kurang menerusi sistem pesanan ringkas :')
Motif printscreen semua? Jangan tanya aku. Hahaha!

Tak kurang dari Whatapps.

And phone calls from Mak Long, Hadri, Malzyana, Hazira & Shahriman (class rep guwa). Yang Maz lagi syiokkk. Satu rumah nyanyi 'Happy Birthday'. Tenkiuuuuu :D

Dalam diam, aku buat contest sebenarnya, contest wish sape kasi impak besar kat guwa. Ni guwa dah ada pemenang. Lu orang tengok je. Jangan bace & percaya. Kahkah Aku mintak wishes panjang, ni haa dia kasi aku. baik punya. Siap description pasal guwa. Nway, love you, Yana ! :)


Lastly, anugerah wisher terakhir. Budak ni nak sangat. Tak caye? Tengok ni.
kahkahkah i saw your tweet before! ;D


Hehehehe They are so sweet :*

Tenkiu so much for the wishes. Tak terprinstscreen guwa kalau semua. Kenapa guwa buat semua ni? Sebagai tanda hargai dan support usaha Fb yang kerap mengingatkan tarikh birthday seseorang kepada semua orang! Thumbs up, Mark! Kahkah No. This is just a small appreciation that i can show to them, those  who still remember me and always love me. Say yes. Bila birthday, aku rasa kehadiran kasih sayang tu melimpah ruah. Buat aku tak regret ada kat dunia dah 19 tahun. Doa mereka do means a lot to me :)

And furthermore, aku tengah freeeeeeeee. Lain lah kalau aku busy ke kan. Hee

P/s : Mungkin nampak macam agas buat entry birthday cam ni, tapi ni blog guwa. Suka hati lah. Kahkahkah Thanks for reading. Love you! :*

THE END

Sunday, July 15, 2012

A Sepuluh bukan hanya sejarah :)

Assalamualaikum

Saya masih dalam mood teruja dengan hal-hal yang berkaitan UPU. Inilah masanya menjejaki rakan-rakan lama, rakan-rakan baru dan rakan-rakan sedia ada yang satu U. ataupun, berlainan U. Saja nak tahu. So that, nanti nak bagi kad jemputan kahwin senang. Eh. Kaitan apakah yang aku cuba buat ni. Hahaha

As far as i am concerned, I've been loving my dearest A10 since i met them. (you should know that) So, tak pelik diorang kerap menghiasi belog guwa yang terchenta ni :)


Awwh, i am so proud of all of you ! :')

Ramai hah dapat UTM. Welcome to Johor then!

Diam-diam, aku ada raaaaamai kawan bakal doktor. Haha. What else reason for me not to be happy? None. Congrats semua. InsyaAllah semua berjaya dunia akhirat. Amin.

Kalau ada yang rasa diri tu dapat kursus biasa-biasa, no-no-no-no. Don't feel that. Each of us is a diamond. Make the best of it. Jangan regret-regret lah. Tak elok untuk tumbesaran kehidupan. Hehee

Wait, A10 ada 35 orang. Ni cuma 33. Where are they? O.o

Tutup cerita A10
****************

Setelah menjejaki dengan skill-skill hebat aku, kini ku ketahui dia-dia yang menjadi pewarna tambahan dalam kehidupan Asasi aku bakal ke mana. Kehkehkeh. Jangan salah anggap. Bukan melalui list di atas okeh. No-no.

Seorang - USM , Seorang - UKM , Seorang - UTM

Puiiiii. hebak semua. Aku tak salah pilih bahan pewarna. kahkahkah Tapi sumpah, taknak mengaku. Malu dengan diri sendiri yang tak ke mana. Hmmmm Takde sorang pun satu U dgn aku. Ciss. Anyway, thanks a lot untuk kalian. Ya, hidup Asasi aku dulu ibarat rainbow :p Semoga kalian ketemu jodoh yang baik-baik. Belajar pun baik-baik. Okay? :') Don't worry. I dah get over. Hahahahahaha apakah semua ini............... abaikan.
THE END

Friday, July 13, 2012

UPU 2012

Assalamualaikum

13th July 2012. UPU keluar. 

Malam sebelum tu barulah aku dapat masa tidur berkualiti. Bukan busy ke apa malam-malam sebelum tu, cuma tah aku tak boleh tidur. Pukul 1 dah letak kepala, pukul 4 baru aku pejam mata. Lepas Subuh, mulah tidur tak ingat dunia. Anak dara apakahhhhh. Hahaha

Ya. aku temui cinta baru. Tak, obses yang baru. Chester See. A handome awesome some-some guy. Lain kali aku cerita pasal dia. Lari tajuk dah ni. Maaf. Lama tak blog, susun ayat pun tonggang terbalik dah.

Bukan taknak update blog. Tapi tah, ada 5-6 kali aku type panjang-panjang lepas tu, aku delete. Melewey yang banyak. Takde input. Tak boleh mendatangkan pahala. Cis. macamlah apa yang aku type sekarang mendatangkan pahala kan. Hahaha

Sebelum tu, aku nak tunjuk aku mohon apa. Apa aku isi untuk 8 pilihan tu. Kenapa & mengapa, atas alasan apa dan sebagainya. Saja nak bagi entri ni panjang sikit (Y)


*click gambar untuk tumbesaran maksima*

Setelah mempertimbangkan aspek kelayakan, lokasi universiti, market kerja & courses.. itulah hasilnya. Ya. Setelah kecewa dgn diri sendiri yang tak layak mohon medic UiTM, aku sangat meyakinkan diri bahawa Unisza lah impian. Impian untuk dapatkan gelaran Dr. Nafissa. kahkah Aku memang tak berani mohon UKM UPM Medic. Layak mohon. Cuma, I know my limit. hee 

Farmasi ibarat perancangan keluarga. Aku tau aku dan kimia.. tak berapa nak sebati. Tapi, abah kata nak sponsor satu farmasi untuk aku kalau dah habis belajar. Hahaha. Business memang boleh kasi kat abah lah. Memang suka. Aku macam erk. Farmasi susah kot. Tak minat. But know what? Aku sangat suka organic chemistry. So, i take seriously on applying Pharmacy course. And Mama, is the happiest person when i considered that. Mama once pernah bagitau my cousin, mama taknak aku further Medic. Tough course. Susah. Well, she loves me so much ;) Told ya!

Fisio, sebab minat. Optometri.. sebab dekat Puncak Alam. Pergigian, sekadar mencuba nasib. And Sains Bioperubatan.. i don't know. Hahahaha

Sehari sebelum UPU ni keluar, aku memang tak rasa apa-apa. Macam konon yakin lah kan. Hahaha tak, cuma tah. aku rasa ape aje, itu lah dia. Macam.. pasrah tawakal habis aa. Tapi sebelum aku bangun subuh pagi tu, aku mimpi. Mimpi dapat UPM. UPM kat Perak. kahkahkah and it went true. Hm. 


So.. Here we go my UPU.



See that. Yang aku tak tau tu lah yang aku dapat. Actually aku dah jangka benda ni memandangkan result UPU aku, based on Maths, Biology & Physics. Kalau Chemistry in, insyaAllah aku dapat Farmasi tu. Harharhar Tapi takpe. Aku percaya Allah dah atur hidup aku dengan sangat baik. 

And i was like so so so happy after tengok result ni. Tak tahu kenapa. Rasa macam Ya Allah, alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Hilang impian Unisza aku. Hilang kisah Farmasi aku. Hahaha Aku rasa nak menjerit menangis. Rasa nak cium lappy. Dan mungkin, rasa happy ni bertambah datang bila aku tau kawan baik aku, pun UPM :) Bukan sorang, tapi dua orang! Teehee!

Masa aku tengah excited dapat berita ni, all i was thinking is, "Yeayyyy lepas kahwin boleh duduk rumah" and "Nasib baik tak dapat Medic". Hahahaa tolonglah percaya. 

Dan sebelum ni, aku selalu doa kalau betul seorang Nad boleh jadi seorang doktor yang baik, boleh seimbangkan kerjaya, diri dan keluarga, boleh seiringkan ilmu & imannya, tempatkan lah aku di Unisza tu. Kalau tak, aku redha mana pun aku pergi nanti. Dan Allah jawab doa aku :) 

CUMA.. aku rasa abah & mama agak tak happy dengan keputusan ni. Mungkin. Abah tu nak sangat aku jadi doktor. Hm. Tiap hari disebutnya. Haha And and. This course, nak apply kerja tu ibarat percaturan hidup. Nasib lah dapat ke tak. Bukan macam doctor, habis belajar terus masuk hospital. Bukan macam Farmasi, habis belajar terus boleh bukak farmasi sendiri. It's okay. Aku masih berpegang pada 'If He brings you to it, He will bring you through it'. 

Bila petang menjelma, mula lah bisikan-bisikan syaitonirrajim ni datang kat aku. Dok kata course ni okay ke. Dok hasut aku, buat aku resah gelisah. Buat aku tak yakin dengan ketentuan Allah. Haih. Tak, yang aku maksudkan ni syaiton betul. Syaiton yang buat aku berbelah bagi. Hahaha Tapi aku pujuk hati sendiri. Camni.

"Mu ni hati nad.. Mu sape nak dolak dalik apa Allah bagi kat mu. Mu dah bagus sangat dah sampai nak decide sendiri? Mu kena ingat, selama ni mu hidup dah senang dah. Biaselah hidup, tak semua mu nak, mu dapat. Mu tau, ade orang tak dapat apa-apa tau. Dah tak dapat apa-apa, nak sambung mana-mana pun tak boleh sebab financial problem. Mu syukur le. Untung mu ada Mama Abah yang support mu. Mu untung, nad....." *nangis dengan dialog sendiri*

Ahaks! 

Ada sebab kenapa kita dapat tu. Ada sebab. Kalau kita redha, mana tau apa yang kita betul-betul nak tu, muncul in the end. Kan? Positive please. Last but not least, i'll prove to them. I'll be happy. I'll succeed. InsyaAllah. Tahniah la ye kalian semua !

P/s : Takdok lah mimpi guwa nak pi snorkeling tiap bulan kat Pantai Terengganu. kahkahkah ;'(

THE END

Rumours i made

Assalamualaikum I spread rumors that I wanna get married after I completed my current study. What they dont know is, that just to tur...