Friday, July 13, 2012

UPU 2012

Assalamualaikum

13th July 2012. UPU keluar. 

Malam sebelum tu barulah aku dapat masa tidur berkualiti. Bukan busy ke apa malam-malam sebelum tu, cuma tah aku tak boleh tidur. Pukul 1 dah letak kepala, pukul 4 baru aku pejam mata. Lepas Subuh, mulah tidur tak ingat dunia. Anak dara apakahhhhh. Hahaha

Ya. aku temui cinta baru. Tak, obses yang baru. Chester See. A handome awesome some-some guy. Lain kali aku cerita pasal dia. Lari tajuk dah ni. Maaf. Lama tak blog, susun ayat pun tonggang terbalik dah.

Bukan taknak update blog. Tapi tah, ada 5-6 kali aku type panjang-panjang lepas tu, aku delete. Melewey yang banyak. Takde input. Tak boleh mendatangkan pahala. Cis. macamlah apa yang aku type sekarang mendatangkan pahala kan. Hahaha

Sebelum tu, aku nak tunjuk aku mohon apa. Apa aku isi untuk 8 pilihan tu. Kenapa & mengapa, atas alasan apa dan sebagainya. Saja nak bagi entri ni panjang sikit (Y)


*click gambar untuk tumbesaran maksima*

Setelah mempertimbangkan aspek kelayakan, lokasi universiti, market kerja & courses.. itulah hasilnya. Ya. Setelah kecewa dgn diri sendiri yang tak layak mohon medic UiTM, aku sangat meyakinkan diri bahawa Unisza lah impian. Impian untuk dapatkan gelaran Dr. Nafissa. kahkah Aku memang tak berani mohon UKM UPM Medic. Layak mohon. Cuma, I know my limit. hee 

Farmasi ibarat perancangan keluarga. Aku tau aku dan kimia.. tak berapa nak sebati. Tapi, abah kata nak sponsor satu farmasi untuk aku kalau dah habis belajar. Hahaha. Business memang boleh kasi kat abah lah. Memang suka. Aku macam erk. Farmasi susah kot. Tak minat. But know what? Aku sangat suka organic chemistry. So, i take seriously on applying Pharmacy course. And Mama, is the happiest person when i considered that. Mama once pernah bagitau my cousin, mama taknak aku further Medic. Tough course. Susah. Well, she loves me so much ;) Told ya!

Fisio, sebab minat. Optometri.. sebab dekat Puncak Alam. Pergigian, sekadar mencuba nasib. And Sains Bioperubatan.. i don't know. Hahahaha

Sehari sebelum UPU ni keluar, aku memang tak rasa apa-apa. Macam konon yakin lah kan. Hahaha tak, cuma tah. aku rasa ape aje, itu lah dia. Macam.. pasrah tawakal habis aa. Tapi sebelum aku bangun subuh pagi tu, aku mimpi. Mimpi dapat UPM. UPM kat Perak. kahkahkah and it went true. Hm. 


So.. Here we go my UPU.



See that. Yang aku tak tau tu lah yang aku dapat. Actually aku dah jangka benda ni memandangkan result UPU aku, based on Maths, Biology & Physics. Kalau Chemistry in, insyaAllah aku dapat Farmasi tu. Harharhar Tapi takpe. Aku percaya Allah dah atur hidup aku dengan sangat baik. 

And i was like so so so happy after tengok result ni. Tak tahu kenapa. Rasa macam Ya Allah, alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Hilang impian Unisza aku. Hilang kisah Farmasi aku. Hahaha Aku rasa nak menjerit menangis. Rasa nak cium lappy. Dan mungkin, rasa happy ni bertambah datang bila aku tau kawan baik aku, pun UPM :) Bukan sorang, tapi dua orang! Teehee!

Masa aku tengah excited dapat berita ni, all i was thinking is, "Yeayyyy lepas kahwin boleh duduk rumah" and "Nasib baik tak dapat Medic". Hahahaa tolonglah percaya. 

Dan sebelum ni, aku selalu doa kalau betul seorang Nad boleh jadi seorang doktor yang baik, boleh seimbangkan kerjaya, diri dan keluarga, boleh seiringkan ilmu & imannya, tempatkan lah aku di Unisza tu. Kalau tak, aku redha mana pun aku pergi nanti. Dan Allah jawab doa aku :) 

CUMA.. aku rasa abah & mama agak tak happy dengan keputusan ni. Mungkin. Abah tu nak sangat aku jadi doktor. Hm. Tiap hari disebutnya. Haha And and. This course, nak apply kerja tu ibarat percaturan hidup. Nasib lah dapat ke tak. Bukan macam doctor, habis belajar terus masuk hospital. Bukan macam Farmasi, habis belajar terus boleh bukak farmasi sendiri. It's okay. Aku masih berpegang pada 'If He brings you to it, He will bring you through it'. 

Bila petang menjelma, mula lah bisikan-bisikan syaitonirrajim ni datang kat aku. Dok kata course ni okay ke. Dok hasut aku, buat aku resah gelisah. Buat aku tak yakin dengan ketentuan Allah. Haih. Tak, yang aku maksudkan ni syaiton betul. Syaiton yang buat aku berbelah bagi. Hahaha Tapi aku pujuk hati sendiri. Camni.

"Mu ni hati nad.. Mu sape nak dolak dalik apa Allah bagi kat mu. Mu dah bagus sangat dah sampai nak decide sendiri? Mu kena ingat, selama ni mu hidup dah senang dah. Biaselah hidup, tak semua mu nak, mu dapat. Mu tau, ade orang tak dapat apa-apa tau. Dah tak dapat apa-apa, nak sambung mana-mana pun tak boleh sebab financial problem. Mu syukur le. Untung mu ada Mama Abah yang support mu. Mu untung, nad....." *nangis dengan dialog sendiri*

Ahaks! 

Ada sebab kenapa kita dapat tu. Ada sebab. Kalau kita redha, mana tau apa yang kita betul-betul nak tu, muncul in the end. Kan? Positive please. Last but not least, i'll prove to them. I'll be happy. I'll succeed. InsyaAllah. Tahniah la ye kalian semua !

P/s : Takdok lah mimpi guwa nak pi snorkeling tiap bulan kat Pantai Terengganu. kahkahkah ;'(

THE END

2 comments:

edayahzaid said...

nadd aq dri dlu plan lps blaja xnak keje. haha. eh tp kau JPA kan? bole ek xyah bonding ngn dyorg?

Narddstoryy said...

Haha entah ek. kalau medic, ak tau la bond beberapa tahun. ni, tktau lah pulak. Tapi kje pun tak lama kot bond dgn jpa. agaknya lah :D

Where all things begin

. . . I still remember the moment when i wanted to decide whether to further my study or to work. I had both opportunity came at th...