Monday, November 25, 2013

scattered dreams of mine

Assalamualaikum.

i once had a dream.
Lots of dreams.

.
.
.
.
.


Aku nak jaga dia bila aku mampu. Lama aku tunggu. Lama juga nak sampai tempoh mampu tu. dan akhirnya, mampunya aku tak wujud untuk dia. Dia pergi dulu. Sebab Allah sayang.

Aku pernah punya angan-angan. To make these two families meet up again, whole families including him. During the wedding of mine. Tapi dia tak sempat. Dia pergi dulu. Sebab Allah sayang.

Aku pernah punya bayangan. To have someone special, accompany me to make him happy. Introducing this special person to him. Having a talk like 'take care of my daughter or i will kill you by hands'. Tapi dia tak sempat. Sebab Allah sayang.

.
.
.
.
.

Sebab Allah sayang.
Sebab Allah sayang.
Sebab Allah sayang.
Banyak kali aku ulang.
Pujuk diri sendiri macam aku ni budak kecik.

it's hard to see your scattered dreams.
but, i'll keep on dreaming. and pray.
Cuz Allah knows best, never less.

P/s : Don't worry. i am moving on. Thanks for the precious support, people. Really :')

THE END

Thursday, November 21, 2013

A memory.

Assalamualaikum.

He is a handsome man.
Forever a handsome-st person to me. 
But slowly, Allah took His nikmat one by one.
One by one, Years by years.
He keeps holding on. 
Never-not praying for me & Adik every single day.

On a good day, a good time.
Allah took Papa with Him.

10 MUHARAM 1435 H
14 NOVEMBER 2013
Maghrib | 7.08 PM

"He loves you, Nadia. He really loves you & Adik"

I miss his voice. I miss his kiss.
I miss you, Pa. I will always be.

AL-FATIHAH

"Dear self,Be strong, sayang. 
Papa is going to syurga. 
He will be happy. He will.

Papa had done suffering sayang. 
Time for him to be happy. 
Allah itu Adil. Maha Adil.  
He promised you. 

Then why are you crying? 

Smile, sayang. 
Cause he can see you smiling. 
And he will smile with you. 
In shaa Allah. 
-15 Nov 2013 ; 6.18 AM"

Guide him to the best place of yours, Allah.
Ameen.
THE END

Tuesday, October 29, 2013

Jangan jemu bantu aku.

Assalamualaikum.

Seminggu aku tak datang jenguk. Sedangkan keadaan dia, bukan kategori biasa-biasa. Aku rindu. Kalau mampu, tiap saat terluang aku nak duduk sana. Aku nak dia tahu, dia tak sendiri di dunia. Biarlah semua pandang dia kosong, tapi tidak di mata aku. He is a great lesson in my life. Without him, aku tak faham apa itu kehidupan. Allah. bagi dia kekuatan. Kekuatan yang Engkau tak pernah bagi pada orang lain.

Aku percaya satu fakta. Allah Maha Adil.

Dia, manusia yang tak berpeluang bahagia di dunia. Dia, yang sering ditinggal sendiri.
Dia juga, yang tak pernah putus doa untuk aku. Tapi aku?

Berjuang sedikit pun tidak untuk setitik kebahagiaan dia.

Allah. Bagi aku peluang.

Keras hati ini. Dia mungkin tak nampak. Orang lain jauh sekali nak nampak. Memang saje aku sorokkan. Tapi satu jaminan aku mampu bagi, sakit tak terperi rasanya bila mana aku lihat dia begitu. Sedih tak tertahan, bila tiada apa yang mampu aku buat. Aku cuma ada Dia yang tak pernah lelah membantu.

Dan untuk kesekian kalinya, jangan jemu bantu aku, Tuhan.

THE END

Saturday, October 5, 2013

a friend with benefit, huh?

Assalamualaikum.

Saya lah perempuan itu yang percaya disebalik kejayaan sorang wanita, ada lelaki.
Saya lah perempuan itu yang percaya lelaki diperlukan untuk teruskan kehidupan. 
Saya lah perempuan itu yang percaya perempuan juga punya ego sendiri untuk lelaki.
Saya perempuan itu yang percaya persahabatan itu bukan mustahil antara lelaki dan perempuan.
Saya perempuan itu yang percaya decision-maker yang hebat adalah seorang lelaki bukan perempuan.
Saya tak de masalah dengan fakta-fakta tu.
TAPI
Saya juga perempuan itu yang percaya disebalik semua tu, kita semua masih ada jarak antara satu sama lain. Di mana apabila ada sesuatu, dahulukan sesama jantina kemudian baru pergi kepada yang opposite. 

Ada sebab kenapa Dia adakan jarak itu. 

Dan ada sebab kenapa aku tak rujuk kau dulu. Kenapa aku lari dari kau. kenapa apa semua itu cuma struggle yang datang dalam diri aku. dan kau tak nampak. Apa yang kau nampak mungkin aku..

'a friend with benefits'.

Seorang kawan yang cari kau bila ada apa perlu.
And i'm against that fact. aku bukan itu.

THE END

Congratulations.

Assalamualaikum.

Bestfriend guwa ade awek dah.
Crush guwa balik semula dengan ex dia dah.
Abang guwa pun sibuk date dengan awek dia dah.
Semua orang dengan komitmen masing-masing.

Kalau tetiba bestgirlfriends guwa pun pakat ade boyfie time-time camni..

IMMA CRYING HAPPILY.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.
&heartsTHE END

Thursday, October 3, 2013

mindset lah sangat. tahniah

Assalamualaikum.

Apa yang anda lakukan bila kesedihan menimpa? Kesedihan yang intipatinya lebih kepada kecewa tahap tak boleh luah. Rasa macam kalau luah tu, habis jatuh saham aku sampai paras yang paling bawah. Aku kalau sedih tahap macam ni, satu benda je aku nak buat. Hentak kepala orang. Hahahahahahaha

Tak. tu tipu.

Guwa nak menangis yo. Tapi kekentalan hati yang aku didik dari dulu ni, buat proses untuk menangis itu amat rumit. Sangat rumit ye untuk aku ini menangis. Rumit sekali sampai aku pun tak tahu cemana nak describe. Haha

Kerumitan tu jadi bila aku jadi sangat demand dengan faktor sekeliling sebelum rentetan air mata jatuh ke pipi. Contoh environmental factors yang aku akan consider dulu adalah, siapa di sebelah aku. Lepas tu, tempat tu mestilah sebuah bilik atau toilet. Di mana tempat tersebut boleh cover suara aku ataupun orang yang dengar tu, tak tahu tu suara aku. hehe Cara paling aku suka buat, bukak lagu besau-besau. Lepas tu i'll be in my own world bebeh. Itulah nikmat sebenar tangisan. Hahahaha

Sungguh, menangis itu menyihatkan.

Kalau dulu, bila orang cerita kat aku bahawa mereka putus cinta, ditinggal kekasih, bergaduh dengan adik, kawan tarik muka, atau aku ade buat silap ke, semua aku balas dengan

"rilek laaa. mindset kau semata tu aku rasa. cuba try bawak berbincang. terus terang ape tak kena. tak lama lagi okay lah tu.. jangan fikir sangat"

Wah, ayat macam watlek semua benda boleh settle dengan rilek. Bila kena batang hidung sendiri, peh efek dia bukan main. Wellllllll memang terbukti 'everything is easier said than done'. Macam geli pulak nak cerita kisah sakit duka lara yang aku tanggung ni. Rasa tak matang. Tapi.. aku perlu kot? Supaya tidak diulang lagi kesalahan yang sama. Biar aku sedar sentiasa perit marit yang aku dapat bahana silap sendiri. HAHA

Apa kau rasa.
Apa kau rasa.
Apa kau rasa.

Tak tertaip guwa. Seronok bukan?
Moga kuat itu milik aku.

THE END

Bosan

Assalamualaikum.

Untunglah jadi lelaki. Habis simple pemikiran. Tak payah nak fikir dalam-dalam. Kalau A, A lah dia. Bukan B, bukan C. Cuba kalau perempuan. Bagi A, dia dok question A kecik ke besar, berapa banyak A, A untuk apa, kenapa A bukan B dan sebagainya.

Bosan guwa dengan pemikiran sendiri :/
THE END

Thursday, September 5, 2013

Azam semester baru

Assalamualaikum.

New semester is comingggg. Means, holiday is going to end. Pity me. I only had two weeks of cuti instead of 10 weeks. And blessed me, cuz i spent my holidays with goods. Knowledge here and everywhere. Alhamdulillah :')

Few days to go sebelum bergelar pelajar Tahun Dua Bacelor Sains Bioperubatan. Tell you what? I'm in love with this Biomedical course. Indeed, if He brought you to it, He will bring you through it. That's the power of Redha, i guess? 

Anyway, there's a lot to improve. There's a lot to learn.

Be good, Nafissa. It's not all about good grades. It's about creating yourself. 
A good version of you, everyday.

THE END

Wednesday, July 3, 2013

Something worth sharing.

Assalamualaikum :)

29 Jun 2013 : Being Me | Sisters Only Conference | PICC

Never thought i would face such experience. An ohsem experience. Awak pun kena rasa this feeling. Next Being Me conference, pegi same k! 

Sebab this talk, aku rase macam lain daripada lain. It told me that women and Islam have more that just isu aurat, marriage dan pergaulan. It has more than that. Seriously much more. Aku suka dengar talk yang intipatinya something yang boleh buat aku ternganga (ternganga dalam hati. luaran memang la korang tak nampak. hahaha). Bagi something yang kadang-kadang tu tak terjangkau oleh otak aku. Maksud lain, pengetahuan baru. kakaka beriye kasi gambaran. tu je maksud kau sebenarya, nad? heh.

And Being Me conference give me that. 


The programme started at 10 AM. Tapi aku sampai 12.30. Terlepas sesi pagi. Sesi Prof. Muhaya & Fatih Seferagic. The only two person yg aku kenal before aku attend this event. Speakers yang lain? They make me fall for their words secara live :') Seriously.

Supposedly Maria Elena would be the emcee. And this is the initial initiator yang initiate aku untuk go on with the ticket booking. Haha. and she's not there. due to morning sickness. but i am okay. i am still happy. i learned a lot. takkan tak happy kut?

These are the session yang sempat aku dengar. Ada banyak lagi sebenarnya. These ade dalam main hall. Hall 9 ade 'Sister's corner'. Ade Sheikh Daood Butt from Canada. Illiey kata best Sheikh tu. Selalu cerita pasal kahwin. Okay. Hahahaha Also got workshop tempat sisters manjakan diri. Make-up guna FCC cosmetics yang halal tu, manicure, pedicure, massage and much more. Yang penting, bawak duit. heh.

Sis. Zohra Sarwari - 'Woman of subtance'

Sis Zohra cerita pasal sahabat Nabi Muhammad SAW. Women of course.

#Ada 4 orang yang main actress.
- Siti Khadija-
- Fatimah-
- Aisyah-
- Ummu Salamah-

Her talk sangat superb. The way she describe those women melts me. 

#Read sahabiyat's stories. You will be good.
#Don't baby the teens. 
#No matter how much sins we've committed throughout our life, just repent, and get back to Allah. He is always there for His servants. We're the ones that usually forget that fact.


Sis. Taneem Ghauri - 'Muslimah : Identity given by Allah'

 #Whatever in front of us, distract us.
#Stop busy looking at others and comparing your life with them. Start living. Think positive, feel positive, act positive.
#Have positive, Give positive, Get positive. What you give, you get back!
#See if Allah is there to help you set your goals. If the goal that we set is something Allah sees, that is the ultimate freedom of us.


Prof. Dr. Zaleha from UIA - 'Freedom of Choice'

Prof Zaleha showed us this video:

Video from Mustafe Mahmoud 

#In Islam, love is not lust. Love is about mercy and affection.
#The freedom of choice is in my hand. I choose what is best for me.

Session after Maghrib : I masuk lewat. so, banyak jugak tertinggal part Sheikh Alaa Elsayed. he. he. he.
Tapi part Brother Yusha Evans, huwauuuuuu :O


Sheikh Alaa Elsayed - ' HER story - HER status'
-Taubah
-Filled with imaan
-Taqwa 
#Feed Imaan by good deed.


Brother Yusha Evans - 'It's a GIRL'

Brother Yusha cakap pasal betapa Allah lebihkan wanita di sisi Islam. He talked a lot about sisters in His Quran. In fact, there is a Surah just for sisters. None for brothers. He told that a woman can have jannah in few ways compared to men. How much Allah love the sisters.

#Sisters : You are the forefront of the world.
Whereever we go, muslim women will be attack first. Because it is easy to recognize Muslim women. They have the character, they bring the name of Islam.


#We are suffering in life is because Allah loves us. Thanked Him.

#Non Muslims : Suffers in dunya, then that's it. That is IT. Thats why they commit succide & etc. Muslims : When u suffer, you know you're not alone. Other muslims are with you.

#If there is Akhlaq, everything is okay.

#Ummah : If one part suffers, everyone must suffers. That is the real Ummah.

#There are thousands muslims here. But why in coutry with minority muslims sufffer? It is because of YOU.

#Marriage is in the woman's hand. She is the one who will say yes. Man can propose to anyone whoever woman, but it is your choice. Though your father, or anybody tell you so, it is your decision. Choose right.

Out of all, this one touched me so much.
Bro Yusha told us to close our eyes at the end of his talk.

And he ask "What is the first object Allah create?" People said "A pen" And he said "Yes. A pen" And...

"Allah told the pen to write your name as a muslim 50 thousand years ago though you done nothing to deserve it. YOU DONE NOTHING. And what do you do today for Allah?"
Do not abuse it. Use it. We are the slave of Allah!

Make sure you get a Quran teacher if you want to memorize and be a better reader - Fatih Seferagic
*Found in Being Me facebook*

You might not feel the awesomeness i felt by reading this. But, it was really awesome. Trust me.
HAHA!

SPECIAL THANKS:

Thank you Farah Nabiha, Illiya Zainal. Sebab tolong book tiket, tolong teman, tolong hantar balik, ajak pergi and everything. Thank you so much! Anyway, rindu gilaaaaa kot kat biha :D

And thank you Hadri & roomate for the very best help you two did for us. 

Allah will count all these. In shaa Allah :')

THE END

Tuesday, July 2, 2013

Fancy Quran. I'm in love.

Assalamualaikum. 

Hopefully this would be a short entry. 




 


Cantiknyaaa. MashaAllah. Cantik sampai rasa macam nak satu. eh, nak sepuloh. hahaha Quran itu sendiri dah indah. Takde maknanya kalau fancy macam ni tapi tersadai je kat rak *toleh kat tafsir sendiri kat rak* 

i wish i can read you. like a novel. end once, repeat it all over again.

Just an idea. instead of bagi teddy bear besau, bunga sejambak, kek sepasu, minyak wangi sebekas or cupcakes sekotak besar untuk manusia, why don't bagi benda macam ni. Especially for your loved ones. Kalau ada duit lebih la. They will be happy. Trust me. And the benefits not only for them, you too. heeeee

For guys, ada jugak Quran yang special for guys. Try tengok Quran Shop tu k.

P/s : Find your Quran teacher and start learning. Only then, you can have your fancy Quran okay, Nafissa? Ameen :) 

THE END

Wednesday, June 19, 2013

One point of life.

Assalamualaikum.


Hi, long time no see. Saya dah habis final exam! Tamat tahun satu Program Bacelor Sains Bioperubatan. Baru tahun satu. 3 years more to go. 3 tahun tu tak lama weh. Macam sekarang, pejam celik, next sem guwa second year. Pehhh jadi senior. 

Dan sebab 3 years tak lama jugak lah aku hadapi krisis dengan diri sendiri sekarang ni.
Hm.

Aiman Azlan pernah kata dia tak faham bila mana seseorang tu terpaksa kahwin. Dalam erti kata lain kahwin sebab nak elak perbuatan maksiat daripada berlaku. Sedangkan yang namanya kahwin tu is something you should be ready for bukan sebab terpaksa hanya untuk elak maksiat semata. Which this also means, kalau kita tak junamkan diri sendiri dalam hal seperti itu, mana nak datang 'terpaksa kahwin elak maksiat' tu kan? You got what i mean or not? Hm.

Krisis aku sekarang bukan sebab aku terpaksa kahwin sebab nak elak maksiat. NOPE.

It is about a way to avoid myself from walking to it. It is about running away. Run from being attached to someone. Someone that captured my heart. Huwaaaaaaaaaa. Why so easy for you. Why so easy for you to just let anyone capture your heart. Why??

"When you allow yourself to be too attached to someone, you become weak, overly sensitive, and bruise much too easily. Its not worth it." - somewhere

And i fall deep. Maybe. Between stay in friendship or letting go. I choose the second one. And i leave everything to Him. He knows best. Struggling against what in yourself is never be easy. 

Leaving is not easy. Deep cut. Covered by plaster.

Guwa gelak-gelak. Guwa cari source buat guwa happy. Tapi bila guwa sorang-sorang. Guwa hanyut dengan feeling. Betul lah kata orang. Perempuan memang overthinking. Aku mintak Dia pinjamkan otak lelaki untuk aku handle hal-hal macam ni. Biar tak nampak lemah sangat. kehkeh


Alhamdulillah. Allah bagi :')


Tidak cuma itu. Dia bagi aku mereka juga. Terima kasih. Banyak perncerahan yang aku dapat. In fact, aku dapat semula strength aku. Mereka ini yang patut aku bahagiakan. Mereka. Bukan dia.


"Apabila seseorang jadi 1/3 daripada kehidupan awak sebelum waktunya, 

lepaskan dia" - somewhere

Bantu aku bahagiakan mereka. Sebab mereka dah bagi 1001 bahagia untuk aku :')


P/s : Sampai end of this post, aku tak tahu apa hubung kait krisis diri sendiri dengan 3 tahun nak habis degree. Serius aku tak tahu. Hahahahahaha. peace yo.

THE END

Thursday, March 28, 2013

'Happy' is the key to live

Assalamualaikum.

Phew!
Minggu yang sangat-sangat menyesakkan. Semalam, paper last test 1 aku. Test 1 Semester 2. eee tinggal 6 semester lagi nak grad dah. lepas tu.. taktau lah jadi apa. hahahaha kahwin? sekarang pun boleh kalau ada yang masuk meminang. Hahahahahaha tak. aku tipu.

Semakin tambah semester, makin susah woo hidup. Belajarnya makin susah. Makin tambah ilmu. Makin dalam kena kaji. Makin banyak kena hafal. Makin banyak jugak yang aku lupa. Proses hidup akan tetap jalan macam biasa even peratus keterlupaan aku tu hampir ke 90%

But still, aku suka life busy camni.

Busy dengan study, tak melagho tak tentu pasal. Takde benda pelik-pelik datang dalam kepala otak aku. Yang seronok, i can laugh all day.

Tau tak satu fakta yang mana kita akan bahagia bila kita rasa kita bahagia walaupun sebenarnya kita tak berapa nak bahagia. Awak boleh cuba interpret sendiri k.

Aku tengah rasa aku bahagia. Seeeeee i'm smiling.

Bahagia pada interpretasi aku ialah bila mana aku boleh jadi diri aku sendiri dan aku terima keadaan itu. Nad you see today is not the same Nad you saw years ago. Nad yang dulu gasak fikir apa orang fikir kalau dia buat apa-apa. Tapi Nad yang sekarang tidak lagi.... Alhamdulillah.

To be accepted by people, you must firsl accept yourself. 

Tak kisah lah awak gemuk hitam legam pun, awak cantik tapi bebal tahap 200% atau awak (apa-apa lah yang tak di-prefer-manusia), kalau awak terima diri awak, seikhlas hati awak, you will fine the very best in you. And other people will too.


Saya tak cakap kosong. Saya dah lihat hasil pada diri sendiri. Setakat ini, saya rasa mereka terima saya, for who i am. Setakat ini lah. Tak tau lah kalau saya yang perasan sendiri. Tapi, saya rasa 'bahagia' itu. Mungkin betul lah kot. Awak patut cuba! Mungkin awak lagi bahagia nanti ;)

Oh ada pertambahan tips.
Bahagia tu akan kekal kalau kita berjaya kawal side factors yang suka menjunamkan kegembiraan. Antara faktor utama, jatuh ke kancah cinta dongeng. Muahahahaha tapi ini serius. anda patut menjauhinya.

Sekian motivasi hidup bahagia senyum tak hilang dari saya yang tak berapa layak bagi motivasi :p

THE END

Wednesday, February 20, 2013

Bebel malam-malam, sorang-sorang.

Assalamualaikum.


That moment when you see everyone is beside you, laugh with you. But deep here, you feel something is missing. You feel someone got away. And that one person, take all in you together. Moment when someone who made such lots of effort just for your attention, and suddenly that one person is gone.

Someone who suddenly saw you when others didn't. Made you happy. Or maybe tried hard to make you happy. And now, this person is leaving. A feeling or actually the truth?

Knowing this person for only few months. You feel nothing.
And when this person is leaving slowly, you feel something.
Feels of not letting go. Yet, you do nothing.

Guwa rase macam pantun dah ayat last tu. Hahahaha 1.10 AM. overthinking over something unnecessary. Grow up, Nad! Sampai bila nak buang masa camni. Percaya aja pada Dia.

Segalanya bermula dengan suatu yang formal, and maybe formaliti yang wujud sekarang ini pengakhirannya. Mari kita tunggu dan lihat. HAHAHAHAHAHA
Hey, i'm okay. SuperNad! weeeee :3

P/s : Ah sudah, ini bukan cerita bofren guwa. bukan jugak bestfriend guwa. ini cerita someone somewhere yang tak perlukan perhatian anda, hanya saya.
THE END

Monday, February 11, 2013

That's when you should love your life most, my dear.

Assalamualaikum.

Mari masuk dunia fikiran saya seketika. 
Dunia fikiran seorang nad pada 3 pagi hari ini.

Macam seronok hidup pakai jam swatch, macam-macam colour.
Macam seronok beli baju 2-3 pasang sekali shopping, seketul harga 70-80 hinggit.
Macam seronok hari-hari breakfast, lunch, dinner kat kedai yang teh tarik die 5 hinggit secawan.
Macam seronok adik-beradik pakai ipong sorang satu.
Macam seronok dapat mini cooper seketul sebagai hadiah birthday.
Macam seronok dapat tudung sehelai beratusan harganya.
Macam seronok segala jenama yang ada dalam otak, ada dalam almari. Yet, mengaku "i tk kejar branded. hikhik"

Memang seronok pun habiskan duit sebenarnya. kan? 
Sape taknak barang kualiti, tahan lama.

Nampak seronok kalau chillax kawan dgn laki, bertepuk tampar bagai. Baru sporting gadis JB ye tk?
Nampak seronok pi shopping dengan boyf, you pilih baju utk i, i pilih baju you. You bayar. 
Nampak seronok dapat belajar sama, lunch sama. Tak jemu punya.
Nampak seronok dapat skype dgn boyf tiap malam even tiap hari keluaq sama.
Nampak seronok dapat pi dating. Kita gurau manja, tak siapa tahu.
Nampak seronok jadi garang, manja caring dengan boyf je macam lagu 150 juta - Fynn Jamal tu.
Nampak seronok ye semua benda yang menyeronokkan tu.

Tambah seronok bila ada boyf bagi bunga sekuntum sehari, sebulan, dah satu pasu.
Tambah seronok bila boyf tiba-tiba cakap "i nak kawin dgn u" as if die ready dah segala benda.
Tambah seronok lagi boleh cute-cute pose memacam dgn boyf.
Tambah dua kali seronok, boleh tayang gambar tu kat semua orang, "we are the coolest couple" katenya.
Tambah seronok, after did all that, we have our happy marriage "day".
Tambah 100x seronok, gambar kahwin semua kaler pastel. sweet sangat.
Tambah seronok seronok lagi, hey! we got baby here. Awww soo cute mcm daddy die dulu-dulu mase pikat i.

Dan semua itu memang menyeronokkan :')

Benda-benda macam ni selalu datang kat kepala aku. Tau satu fakta tentang hidup? Kita boleh buat apa kita nak jadi kenyataan kalau kita nak benda tu jadi kenyataan. Ada masanya aku fikir pasal benda ni. Tapi mostly masa yg ada, separuh otak aku kate "taknak". 

And that's when i should love my life most, my dear.

Why? Because He loves me. Dia jaga aku sampai aku betul-betul faham hikmah Dia datangkan "taknak" dalam otak aku. Much Thank You.


P/s : Adik-adik, hormat otak awak bila dia kata taknak. Hormat hati awak bila dia ragu apa awak tengah buat. Because that is when He actually loves you. Allah is loving you :)

Dan kakak bukan orang yg baik sangat nak kasi words macam ni. 
But from here, i learnt and keep on learning.
THE END

Sunday, February 3, 2013

An introduction.

Assalamualaikum.

I miss you. 
3 golden words. just for my dusty bloggie. 

Dulu kemain eksaited nak masuk degree. Eksaited sangat sampai entah bile sem satu habis pun aku tak sedar. tau-tau, selama tu jugak aku abaikan blogspot ni. Tapi, jangan risau. I'm happy. Much happier. 

Happy ade coursemates yang baik-baik. Happy ade housemate yang baik-baik. Dan paling best, happy ade roomate penyayang macam kak akma. Hahahahaha Rasa macam ade kakak kat sebelah. Tambah lagi, bestfriends yang sentiasa disisi, di depan mata. 

Dengan aktiviti kolej yang tak berhenti. Tiap malam ade je aktiviti. Semata demi merit. Nak duduk kolej sampai grad lah katekan. Hahahahahaha tapi serius life degree is awesome. 

Lagi awesome bila ada orang buat kita happy :]

THE END

Rumours i made

Assalamualaikum I spread rumors that I wanna get married after I completed my current study. What they dont know is, that just to tur...