Tuesday, October 29, 2013

Jangan jemu bantu aku.

Assalamualaikum.

Seminggu aku tak datang jenguk. Sedangkan keadaan dia, bukan kategori biasa-biasa. Aku rindu. Kalau mampu, tiap saat terluang aku nak duduk sana. Aku nak dia tahu, dia tak sendiri di dunia. Biarlah semua pandang dia kosong, tapi tidak di mata aku. He is a great lesson in my life. Without him, aku tak faham apa itu kehidupan. Allah. bagi dia kekuatan. Kekuatan yang Engkau tak pernah bagi pada orang lain.

Aku percaya satu fakta. Allah Maha Adil.

Dia, manusia yang tak berpeluang bahagia di dunia. Dia, yang sering ditinggal sendiri.
Dia juga, yang tak pernah putus doa untuk aku. Tapi aku?

Berjuang sedikit pun tidak untuk setitik kebahagiaan dia.

Allah. Bagi aku peluang.

Keras hati ini. Dia mungkin tak nampak. Orang lain jauh sekali nak nampak. Memang saje aku sorokkan. Tapi satu jaminan aku mampu bagi, sakit tak terperi rasanya bila mana aku lihat dia begitu. Sedih tak tertahan, bila tiada apa yang mampu aku buat. Aku cuma ada Dia yang tak pernah lelah membantu.

Dan untuk kesekian kalinya, jangan jemu bantu aku, Tuhan.

THE END

Saturday, October 5, 2013

a friend with benefit, huh?

Assalamualaikum.

Saya lah perempuan itu yang percaya disebalik kejayaan sorang wanita, ada lelaki.
Saya lah perempuan itu yang percaya lelaki diperlukan untuk teruskan kehidupan. 
Saya lah perempuan itu yang percaya perempuan juga punya ego sendiri untuk lelaki.
Saya perempuan itu yang percaya persahabatan itu bukan mustahil antara lelaki dan perempuan.
Saya perempuan itu yang percaya decision-maker yang hebat adalah seorang lelaki bukan perempuan.
Saya tak de masalah dengan fakta-fakta tu.
TAPI
Saya juga perempuan itu yang percaya disebalik semua tu, kita semua masih ada jarak antara satu sama lain. Di mana apabila ada sesuatu, dahulukan sesama jantina kemudian baru pergi kepada yang opposite. 

Ada sebab kenapa Dia adakan jarak itu. 

Dan ada sebab kenapa aku tak rujuk kau dulu. Kenapa aku lari dari kau. kenapa apa semua itu cuma struggle yang datang dalam diri aku. dan kau tak nampak. Apa yang kau nampak mungkin aku..

'a friend with benefits'.

Seorang kawan yang cari kau bila ada apa perlu.
And i'm against that fact. aku bukan itu.

THE END

Congratulations.

Assalamualaikum.

Bestfriend guwa ade awek dah.
Crush guwa balik semula dengan ex dia dah.
Abang guwa pun sibuk date dengan awek dia dah.
Semua orang dengan komitmen masing-masing.

Kalau tetiba bestgirlfriends guwa pun pakat ade boyfie time-time camni..

IMMA CRYING HAPPILY.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.
&heartsTHE END

Thursday, October 3, 2013

mindset lah sangat. tahniah

Assalamualaikum.

Apa yang anda lakukan bila kesedihan menimpa? Kesedihan yang intipatinya lebih kepada kecewa tahap tak boleh luah. Rasa macam kalau luah tu, habis jatuh saham aku sampai paras yang paling bawah. Aku kalau sedih tahap macam ni, satu benda je aku nak buat. Hentak kepala orang. Hahahahahahaha

Tak. tu tipu.

Guwa nak menangis yo. Tapi kekentalan hati yang aku didik dari dulu ni, buat proses untuk menangis itu amat rumit. Sangat rumit ye untuk aku ini menangis. Rumit sekali sampai aku pun tak tahu cemana nak describe. Haha

Kerumitan tu jadi bila aku jadi sangat demand dengan faktor sekeliling sebelum rentetan air mata jatuh ke pipi. Contoh environmental factors yang aku akan consider dulu adalah, siapa di sebelah aku. Lepas tu, tempat tu mestilah sebuah bilik atau toilet. Di mana tempat tersebut boleh cover suara aku ataupun orang yang dengar tu, tak tahu tu suara aku. hehe Cara paling aku suka buat, bukak lagu besau-besau. Lepas tu i'll be in my own world bebeh. Itulah nikmat sebenar tangisan. Hahahaha

Sungguh, menangis itu menyihatkan.

Kalau dulu, bila orang cerita kat aku bahawa mereka putus cinta, ditinggal kekasih, bergaduh dengan adik, kawan tarik muka, atau aku ade buat silap ke, semua aku balas dengan

"rilek laaa. mindset kau semata tu aku rasa. cuba try bawak berbincang. terus terang ape tak kena. tak lama lagi okay lah tu.. jangan fikir sangat"

Wah, ayat macam watlek semua benda boleh settle dengan rilek. Bila kena batang hidung sendiri, peh efek dia bukan main. Wellllllll memang terbukti 'everything is easier said than done'. Macam geli pulak nak cerita kisah sakit duka lara yang aku tanggung ni. Rasa tak matang. Tapi.. aku perlu kot? Supaya tidak diulang lagi kesalahan yang sama. Biar aku sedar sentiasa perit marit yang aku dapat bahana silap sendiri. HAHA

Apa kau rasa.
Apa kau rasa.
Apa kau rasa.

Tak tertaip guwa. Seronok bukan?
Moga kuat itu milik aku.

THE END

Bosan

Assalamualaikum.

Untunglah jadi lelaki. Habis simple pemikiran. Tak payah nak fikir dalam-dalam. Kalau A, A lah dia. Bukan B, bukan C. Cuba kalau perempuan. Bagi A, dia dok question A kecik ke besar, berapa banyak A, A untuk apa, kenapa A bukan B dan sebagainya.

Bosan guwa dengan pemikiran sendiri :/
THE END

Where all things begin

. . . I still remember the moment when i wanted to decide whether to further my study or to work. I had both opportunity came at th...