Thursday, October 3, 2013

mindset lah sangat. tahniah

Assalamualaikum.

Apa yang anda lakukan bila kesedihan menimpa? Kesedihan yang intipatinya lebih kepada kecewa tahap tak boleh luah. Rasa macam kalau luah tu, habis jatuh saham aku sampai paras yang paling bawah. Aku kalau sedih tahap macam ni, satu benda je aku nak buat. Hentak kepala orang. Hahahahahahaha

Tak. tu tipu.

Guwa nak menangis yo. Tapi kekentalan hati yang aku didik dari dulu ni, buat proses untuk menangis itu amat rumit. Sangat rumit ye untuk aku ini menangis. Rumit sekali sampai aku pun tak tahu cemana nak describe. Haha

Kerumitan tu jadi bila aku jadi sangat demand dengan faktor sekeliling sebelum rentetan air mata jatuh ke pipi. Contoh environmental factors yang aku akan consider dulu adalah, siapa di sebelah aku. Lepas tu, tempat tu mestilah sebuah bilik atau toilet. Di mana tempat tersebut boleh cover suara aku ataupun orang yang dengar tu, tak tahu tu suara aku. hehe Cara paling aku suka buat, bukak lagu besau-besau. Lepas tu i'll be in my own world bebeh. Itulah nikmat sebenar tangisan. Hahahaha

Sungguh, menangis itu menyihatkan.

Kalau dulu, bila orang cerita kat aku bahawa mereka putus cinta, ditinggal kekasih, bergaduh dengan adik, kawan tarik muka, atau aku ade buat silap ke, semua aku balas dengan

"rilek laaa. mindset kau semata tu aku rasa. cuba try bawak berbincang. terus terang ape tak kena. tak lama lagi okay lah tu.. jangan fikir sangat"

Wah, ayat macam watlek semua benda boleh settle dengan rilek. Bila kena batang hidung sendiri, peh efek dia bukan main. Wellllllll memang terbukti 'everything is easier said than done'. Macam geli pulak nak cerita kisah sakit duka lara yang aku tanggung ni. Rasa tak matang. Tapi.. aku perlu kot? Supaya tidak diulang lagi kesalahan yang sama. Biar aku sedar sentiasa perit marit yang aku dapat bahana silap sendiri. HAHA

Apa kau rasa.
Apa kau rasa.
Apa kau rasa.

Tak tertaip guwa. Seronok bukan?
Moga kuat itu milik aku.

THE END

No comments:

Where all things begin

. . . I still remember the moment when i wanted to decide whether to further my study or to work. I had both opportunity came at th...