Wednesday, February 5, 2014

What ifs tu sebenarnya permainan musuh kita yang nyata

Assalamualaikum.
I really wish that i will forget you -- more to hate you. And why just i cannot. 

Mak dah start tanya aku. 
"Adah takde boyfren? Sekarang dah kena cari, dah. Tengok ****** tu, sampai sekarang tak kahwin lagi. Asik kerja je.."

Phew!
I'm only not-yet 21, nanny. Lekluuuuu

Of course aku tak jawab macam tu lah kan. hahaha Oh, Mak tu nenek aku sebenarnya. In case korang tak tahu. 21-21-21 , 3 Semester pun dah habis. Tinggal 5 semester and then graduate. It means, 2 years and half to go. And i'll be 23 years old. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm (-mmmmm sampai esok)

*reminiscing*

--DURING FATAYYAT--

"Awak kunci hati awak. Tetapkan bila awak betul-betul rasa sedia nak bercinta. Masa tu, baru awak buka hati awak. Dan kalau ada apa-apa yang mengganggu sebelum waktu itu, ingat! Awak dah kunci hati awak"

Kakak tu sambung lagi..

"Nak kahwin, kena readykan diri. Persiapan tu penting"

*end reminiscing*

Lebih kurang begitu lah maksudnya. Aku ni short-term memory lost sikit. 

Am i really 'kunci hati'? *batuk kejap* you're not, nad. Kalau ye, kenapa ada muka someone pop out dalam kepala kau sekarang? Heh. Cheating to yourself huh? You're bad, Nad. Too bad in lies.

Those "What Ifs" pulak datang ganggu kepala otak.

Kau jual mahal. Kau buat tak layan. Kau layan kejap lepas tu kau bertindak kejam. Kau keraskan diri kau. Kau ego. Kau lari dan kau kembali sesuka hati. WHAT IF, dia bosan dan berlalu pergi?

Kau tak amek berat. Kau biar dia dengan assumption sendiri. Kau sendiri assume macam-macam. Tapi kau tak buat apa. Kau biar. Yang kau tau, kau nak dia. Usaha tak langsung. WHAT IF, dia taknak kau?

Kau rasa dia dan kau punya kimia. Kau rasa macam dia mampu telepathy dengan kau. Kau rasa dia rasa sama dengan kau. Kau bahagia  tanpa sebarang usaha. WHAT IF, tu semua cuma kau yang rasa?

WHAT IF, satu hari tu, kau bangun pagi-pagi, kau on fon kau, kau dapat message WeChat dari dia. Rupanya, satu e-Card. Kau sempat berangan, entah-entah, dia yang kau tak usahakan suatu ketika dulu tu, nak propose kau melalui e-Card. Tapi rupa-rupanya.. Wedding Invitation. And of course nama pengantin tu bukan kau lah kan. Kalau tu nama kau, tak jadinya cerita ni. 

Masa tu umur kau 24 tahun. Setahun lagi melepasi garisan khatulistiwa yang engkau perjuangkan dulu. Konon, tak mahu bercinta lama. Konon, biar sampai masanya. Konon, cinta tu kolot semata. 4 tahun yang lalu, kau siakan peluang yang ada. Peluang yang kau tahu tak datang selalu. Apa lagi peluang yang melibatkan se-special manusia yang itu. Dan hari ni.. bahagiamu deritaku. Eh. bukan main post ni. 

Dan kalau masa itu tiba, satu je aku nak ingatkan pada diri aku. Siapa aku nak lawan takdir Dia? Siapa aku nak question semua ni? Allah is the best planner. Kalau kau ikhlas perjuang semua ni betul-betul kerana-Nya, you will have all like, forever. Cuma mungkin bukan dia yang Allah akan bagi kau but, someone better. Put your TRUST in Him. Itu main point of life kan? (senyum di birai tingkap).

Korang perasan tak aku melalut jauh dah dalam entry ni?

Semua Jebat punya pasal. 

Hah? Sape Jebat? Tengok Bukan Kerana Aku Tak Cinta tak? Haaa. tu lah dia racun sebenar minda anak muda. Dan aku........ salah seorang mangsanya. WAKE UP, Nafissa! T_____T

I don't need any other kind of love except Allah's. 
Easier said than done, huh? Cause media shows nothing of that. 
Media is bad, baby. so bad. 

THE END

No comments:

Monkey love and opinion

Assalamualaikum Few days ago, i went to my supervisor's house for some makan-makan preparation. I had some deep conversation with Dr&#...