Tuesday, December 2, 2014

Suka suka tak suka sudah

Assalamualaikum.
Karutan tercoret dibawah. Sila tak payah baca kalau taknak keliru tahap tak boleh terima. he he

Hari ni kau rasa kau suka seseorang.
Esok pun kau rasa sama.
Tapi kau tak yakin apa lusa, tulat, bulan depan, tahun depan, kau masih suka ke?
dan tiba-tiba sebelum tiba 'masa kau dah tak suka', dia datang hulur kata pujangga, impian dan gelak tawa.
Kau lupa tentang 'masa kau tak suka' akan tiba.
Kau terbuai, dan terus suka.
Sampai satu masa, dia jumpa dulu 'masa dah tak suka kau'.
Dia pergi. Kau makan hati.
Atau terbalikkan cerita, kau jumpa 'masa dah tak suka dia', kau pergi, dia makan hati.

Sampai bila kisah suka-suka ending macam ni?

Sebab tu kalau suka, senyap dan pergi.
Kau akan nampak 'masa kau suka' dan 'masa kau dah tak suka'.
Kalau dia jodoh kau, kau akan perasan 'masa kau suka' tu, Allah panjangkan dan sampai masa yang tepat dan selayaknya, kau sendiri akan tunjuk yang kau suka.

Sekian cerita suka dah tak suka dari saya.

THE END

No comments:

Rumours i made

Assalamualaikum I spread rumors that I wanna get married after I completed my current study. What they dont know is, that just to tur...